
CHEVROLET BLAZER – SUV/CROSSOVER BAHARU YANG MENGANCAM
Jenama Chevrolet sememangnya agak dikenali dengan pembuatan SUV bagak dan berimejkan ‘macho’ (Agen Perkhidmatan Rahsia) dan skema. Sungguh pun demikian, Chevrolet masih mempunyai beberapa pilihan SUV dengan gaya yang moden dan ranggi. Dan kini Chevrolet memperkenalkan pula model Blazer, SUV/Crossover khusus untuk golongan muda.
BACA : CHEVROLET SUBURBAN RST – NAMPAK MACAM SAMA TAPI BUKAN DIA
BACA : CHEVROLET TRAX 2017
Sedikit sejarah berkenaan nameplate Chevrolet Blazer ini, ianya asalnya milik kepada SUV bersaiz besar dengan tiga pintu pada era 70an. Namun kini Chevrolet memutuskan untuk menghidupkan kembali nama lagenda Blazer ini lalu menjelmakannya sebagai sebuah SUV / Crossover yang bersaiz sederhana.
Sebagai line-up terbaharu dalam katalog keluarga Chevrolet / GM, model Blazer baharu ini pasti mampu menarik perhatian sesiapa pun yang melihatkan kelibatnya kelak. Rekaannya jelas lari daripada kelaziman sebuah Chevrolet.
Chevrolet Blazer ini yang diletakkan diantara model Equinox dan Traverse, mempunyai rekaan bahagian hadapan yang kelihatan cukup moden dengan gril yang besar di samping penggunaan lampu utama HID yang turut dipisahkan dengan penggunaan LED DRL.
Bagi menggerakkan badan SUV ini, enjin bersesaran 3.6 liter LGX V6 merupakan sesuatu yang ideal, khususnya bagi pasaran Amerika. Enjin yang besar merupakan kegemaran Uncle John Rambo di sana. Walau bagaimana pun buat mereka yang khuatir tentang isu bahan bakar yang yang serupa air paip, pilihan enjin I-4, 2.5 liter merupakan pilihan yang ideal. Memadailah dengan kuasa 193 hp / tujahan 255 Nm berbanding 305 hp / tujahan 365 Nm untuk enjin yang mempunyai cukai jalan yang mungkin sedikit seram untuk dibayar setahun sekali.
Menariknya tentang kedua – dua enjin ini, ianya dilengkapi dengan teknologi stop/start bagi mengoptimumkan penggunaan bahan bakar. Dan enjin moden ini turut dipadankan dengan sembilan kelajuan kotak gear auto. Menurut Ketua Jurutera, Waqar Hashim kotak gear ini dipilih bagi mengimbangi diantara prestasi mahupun kecekapan bahan bakar. Manakala sistem AWD yang turut merupakan ciri standard mampu memberikan kawalan yang maksimum dalam apa jua bentuk permukaan jalan.
Bahagian kabinnya pula turut dilengkapi dengan tempat duduk yang dibaluti kulit selain daripada penggunaan sistem hiburan dengan skrin sesentuh bersaiz 8 inci yang turut mampu berfungsi dengan sambungan 4G LTE.
Apa yang menariknya tentang Chevrolet Blazer ini, ianya buat pertama kali menggunakan Sistem Pengurusan Cargo (CMS), Ianya menampilkan pengunaan sistem rel berpagar untuk menjamin keselamatan barangan yang bersaiz kecil dengan membahagikan ruang kargo kepada dua bahagian.
Selain daripada itu, Blazer ini turut dilengkapi dengan sistem yang membolehkan tingkat di bahagian hadapan dibuka sedikit sebelum pemandu membuka pintu bagi mengeluarkan haba sewaktu diparkir bawah terik mentari. Pengawalan suhu tempat duduk juga boleh dibuat tetapan bagi menjamin keselesaan pemandu dan orang sebelah.
Oh ya. Jikalau ada yang berkenan, Chevrolet Blazer ini boleh didapati hanya di USA sahaja pada tahun 2019 nanti. Sakan juga Chevrolet ini sekarang ini menyerang pasaran USA kan?
.