Artikel Pilihan

CHEVROLET BLAZER EV – EV BERPRESTASI TINGGI YANG SPORTY

Chevrolet akhirnya mendedahkan model SUV elektrik (EV) mereka yang terkini, Blazer EV ke pasaran. Pengenalan model Chevrolet Blazer EV ini hadir dengan pakej yang lengkap bergaya, berprestasi dan paling penting teknologi yang digunakan.

Jelas sekali, dunia EV semakin menghampiri kepada pengguna. Buat pengguna di luar sana, stesen pengecasan sudah semakin banyak dan meluas. Maka, pilihan EV sebagai kenderaan utama sudah semakin menjadi pilihan utama pengguna. Dan SUV ini sudah pastinya mampu menarik perhatian pengguna di luar sana.

Reka bentuk Chevrolet Blazer EV ini sememangnya kelihatan cukup garang terutamanya di bahagian hadapan. Agak menyerupai sebuah kereta muscle milik Chevrolet. Gril berwarna hitam tetapi dikontrakan warna krom pada bahagian logo.

Kegarangan rupa luaran SUV elektrik diserlahkan lagi dengan penggunaan rim bersaiz 19 inci untuk varian standard. Akan tetapi Chevrolet Blazer EV berwarna merah ini merupakan varian SS. Varian tertinggi ini menggunakan rim bersaiz 22 inci. Tampak elok benar rupanya.

Bahagian kabin Chevrolet Blazer EV ini pula kelihatan cukup canggih dan moden, seiring dengan statusnya sebagai sebuah SUV elektrik yang moden. Paling menyerlah penggunaan skrin infohiburan bersaiz 17.7 inci dengan pelbagai fungsi masakini. Begitu juga dengan paparan digital untuk pemandu dengan saiz 11 inci untuk memaparkan info penting kepada pemandu.

Kecanggihan SUV EV ini cukup ketara apabila  tiada butang penghidup yang disediakan. Apa yang perlu dilakukan hanya menutup pintu dan menekal pedal brek dan boleh mula terus bergerak. Canggih betul rasa. Dan untuk melancarkan pemanduan, pemandu boleh menetapkan lokasi yang ingin ditujui pada sistem yang dipaparkan, sekali gus memaparkan dimanakah lokasi pengecasan terdekat yang boleh dituju sekiranya kehabisan bateri.

Dan untuk varian SS ini, ianya dikhabarkan berupaya mencecah sehingga jarak perbatuan sehingga 290 batu (466 km) sekali caj penuh tetapi hadir dengan AWD yang berprestasi.  Malah kuasa pecutannya dari titik kosong hingga ke 100 km/j juga hanya memerlukan sekitar 4 saat sahaja. Kuasa yang dihasilkan mampu mencecah sehingga 557 HP.

Harga yang ditawarkan pula adalah serendah $44,995 (RM200,655) untuk varian LT dan $65,995 (RM294,304) untuk varian SS.

BACA : CHEVROLET BLAZER – SUV/CROSSOVER BAHARU YANG MENGANCAM

BACA : JIM CARREY BELANJA KREW PRODUKSI SONIC 2 CHEVY BLAZER RS

Google ads

B K

Back to top button