
CITROEN C3 DINOBATKAN SEBAGAI WORLD URBAN CAR 2023
Model kereta terkemuka dari Perancis, Citroen C3 telah dinobatkan sebagai World Urban Car of The Year 2023 dalam satu pengumuman yang dibuat di New York International Auto Show baru – baru ini.
Kira – kira 100 orang juri yang terdiri daripada para wartawan permotoran antarabangsa daripada 32 buah negara telah memilih pemenang dalam suatu undian rahsia bagi menilai kereta yang dipertandingkan dan ianya telah mendapat pengesahan daripada KPMG selaku badan audit yang bertauliah.
Berdasarkan rekod, Citroen PSA Group pernah memenagi tiga anugera World Car Award sehingga kini. Ketua Pegawai Eksekutif PSA Group, Carlos Tavares pernah memenangi World Car Person of The Year 2022 manakala model Citroen C4 Cactus pernah memenangi World Car Design of The Year 2015 berserta model Citroen C4 pernah memenangi anugerah yang juga pada tahun 2006. Sebelum ini model Citroen C3 pernah berjaya sehingga ke peringkat Tiga Terbaik bagi kategori World Urban Car pada tahun 2017.

Kelayakan bagi menyertai kategori anugerah World Urban Car mestilah jumlah produksi model setidaknya 5,000 unit setiap tahun dan ianya mesti dijual setidaknya di dua pasaran terbesar di dunia (China, Eropah, India, Japan, Korea, Amerika Latin & Amerika Syarikat) pada dua kontinen yang berbeza mulai Januari 2022 hingga ke 30hb Mac 2023.
Model Citroen C3 ini sebetulnya juga diantara model yang popular dan laku buat pengeluar dari Perancis ini. Dengan menampilkan rekaan yang cukup bergaya dan moden serta ada rupa sebuah crossover, ianya mudah untuk menarik minat orang ramai untuk memilikinya. Paling penting, Citroen C3 ini mengadaptasikan falsafah CXPERIENCE pada bahagian muka hadapan.
Dari segi trenkuasa, Citroen C3 ini menawarkan beberapa pilihan enjin seperti 1.2 Puretech Turbo yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 84 HP dan 115 Nm. Pilihan enjin Diesel BlueHDi 100 (BlueHDi) turut ditawarkan kepada pengguna.
Rekod jualan model Citroen C3 dari generasi pertama sehingga ke generasi ketiga ini sudah mencecah 4.5 juta unit termasuklah 1 juta unit sahaja adalah untuk generasi ketiga ini. Suatu bukti mengapa ianya layak diangkat menjadi World Urban Car of The Year 2023.
BACA : KLIMS 2018 : CITROEN C3 AIRCROSS SUV CITARASA PERANCIS
BACA : CITROEN C4 BAHARU – APA PASAL DAH NAMPAK MACAM SUV PULA SEKARANG NI?