Artikel PilihanBuletin

CUACA TERLALU PANAS DI GP QATAR, RAMAI PEMANDU F1 KECUNDANG

Cuaca dan suhu yang terlalu panas semasa perlumbaan GP Qatar pada 8 Oktober lepas menyaksikan ramai pemandu yang tidak tahan dengan cuaca panas dan terdedah kepada strok haba. Biarpun telah menjalani latihan ekstensif untuk membina ketahanan diri, ramai pemandu F1 mencapai tahap maksima ketahanan diri mereka

Esteban Ocon iaitu pelumba dari pasukan Alpine muntah di dalam topi keledar keselamatan disebabkan gandingan suhu yang tinggi dan kelembapan dan dibawa ke ambulans. Lance Stroll yang berlumba bagi pasukan Aston Martin pula mengatakan dia hampir pengsan sewaktu berlumba dsiebabkan masalah yang sama.

Nasib yang sama juga menimpa pasukan William Racing dimana pemandu mereka iaitu Alex Albon terpaksa dipapah oleh mekanik untuk dibawa ke pusat perubatan akibat terdedah kepada cuaca panas ekstrim ketika berlumba.

Rakan sepasukannya iaitu Logan Sargeant pula tidak dapat menamatkan perlumbaan dan memutuskan untuk berhenti berlumba pada pusngan ke 42, disebabkan masalah dehidrasi dan heat stroke pada masa yang sama. Sargeant diperiksa oleh pasukan perubatan dan dilepaskan selepas pemeriksaan rapi dilakukan

Pelumba F1 yang lain pula berehat dengan berbaring di atas lantai garaj selepas perlumbaan tamat. Suhu di permukaan litar mencecah 36 darjah Celcius walaupun pada waktu malam dan mencapai 40 darjah Celcius pada waktu siang menurut bacaan daripada pembekal tayar iaitu Pirelli

George Russell mengatakan perlumbaan dengan memakai sut perlumbaan adalah sama seperti berada dalam ketuhar pemanggang pada pusingan ke 12. Masalah ini bertambah apabila Pirelli memutuskan suhu yang terlalu tinggi ini menyebabkan semua pasukan perlu menukar tayar pada setiap 18 pusingan atas sebab keselamatan

Google ads
Back to top button