Artikel Pilihan

ISUZU D-MAX 2024 DILANCARKAN DI THAILAND – GAYA LEBIH SEGAR DAN TEKNOLOGI BAHARU

Selepas empat tahun diperkenalkan, trak pikap Isuzu kini diberi penampilan baharu yang lebih fresh. Isuzu baharu sahaja melancarkan model facelift D-Max mereka ini di Thailand menampilkan antaranya rekaan dalaman dan teknologi baharu, sistem mod rough terrain baharu dan beberapa peningkatan ciri keselamatan.

Bukan tu sahaja, Isuzu turt mengesahkan ia akan menghasilkan pikap EV khusus untuk pasaran Eropah tapi akan dipasang sepenuhnya di Thailand. Sawadee khrap.

Sebenarnya kali ini D-Max dinaik taraf genap empat tahun selepas generasi ketiganya dilancarkan pada Oktober 2019. Kini pesaing terdekat Ford Ranger dan Toyota Hilux kelihatan lebih moden dan rugged. Pilihan rekaan badan masih dikekalkan (chassis cab, regular cab, space cab dan crew cab).

Paling ketara ialah perubahan bahagian fasia hadapan dengan rekaan semual gril ala 3D dan lampu utam Bi-Led yang lebih upmarket. Rekaan bumper juga menampilkan kekisi udara rekaan terbaharu. Dah lampu depan baharu lampu belakang pun semestinya rekaan terbaru jugak.

Paling rugged semestinya versi flagship mereka, D-Max V-Cross 4×4. Ia mempunyai pelindung plastic tambahan di sekeliling gril hadapan, skid plate baharu, pelindung fender, rim aloi 18 inci warna matte black dan macam-macam lagi. Kami tahu ia cuma naik taraf kosmetik tapi itu yang pelanggan mahukan dalam dunia sekarang.

Papan pemuka masih nampak macam biasa tapi kini lebih mewah dan hi-tech. Paparan sesentuh 9 inci mendominasi bahagian tengah konsol dengan pelbagai fungsi yang perlu ada pada kenderaan moden. Isuzu turut menambahkan port USB-C untuk kegunaan penumpang hadapan dan belakang. Kunci baharu D-Max kini mempunyai fungsi penghidup enjin kawalan jauh. Canggih do.

Trenkuasa bagaimanapun tidak disentuh dan masih mengekalkan pilihan enjin dan transmisi sama. Varian 1.9 liter menghasilkan 148hp dan varian 3.0 liter dengan 187 hp. Walaupun menggunakan enjin-enjin sama tapi kemampuan 4×4 telah ditingkatkan menggunakan naiktaraf elektronik.

Mod Rough-Terrain membantu pemandu mengawal brek dan putaran enjin dalam senario off-road yang serius. Kelengkapan keselamatan kini disokong oleh sistem kamera ADAS lengkap dengan fungsi pemanas untuk musim sejuk. Cruise control kini turut ditawarkan untuk varian transmisi manual.

Macam mana? Dah tertarik? Jangan bimbang sebab biasanya tak lama selepas Thailand ia diperkenalkan ke pasaran Malaysia. Kalau dah tak sabar sangat pergi je ke Thailand dengan D-Max lama anda dan buat conversion kat sana. Bukan tak biasa buat kan?

Google ads
Back to top button