Artikel Pilihan

DAPATKAN BEKAS KUNCI KROM UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA ANDA. TAHAN LASAK, MATERIAL TPU, CUMA RM22 SEUNIT!

Anda rasa kunci motosikal Yamaha sedia ada membosankan dan mudah rosak? Jangan risau, ini ada berita baik untuk anda.

Ini kerana ONERIDE Malaysia kini ada menawarkan bekas kunci krom (Chrome Ultimate Key Cover) untuk kunci remote bagi model Yamaha X-MAX 250, NVX 155, Aerox 155 dan Y16ZR.

Harga pun murah, cuma RM22 seunit. Ia hadir dalam lima warna menarik iaitu ungu, merah, biru, merah jambu dan perak. Sesuai untuk apa jua personaliti anda, jadilah pemilik bekas kunci krom yang pertama di Asia Tenggara. 

Apa yang lebih menarik, bekas kunci krom itu tahan lasak, kalis air, tidak mudah terhakis, menggunakan material krom TPU dan 100 peratus padan dengan kunci motosikal.

Hanya setebal 0.8mm, bekas kunci itu lembut, mudah dipasang dan selesa untuk dipegang. Jadi, taklah atau rasa besar sangat apabila diletakkan di dalam poket seluar.

Setiap pelanggan akan menerima hadiah premium bernilai RM25 yang terdiri daripada satu beg bertali dan span membasuh motosikal. Kalau hendak guna basuh pinggan pun boleh. Hehehe..

Menurut ONERIDE Malaysia, pihaknya menjanjikan harga yang telus. Maksudnya, daripada kos RM22 itu, RM3 melibatkan harga pembungkusan, RM6 ialah kos material TPU dan proses electroplating. Manakala kos pengangkutan serta untung kasar ialah RM4 dan RM3.

Jika dibandingkan dengan bekas kunci asal, bekas kunci krom itu adalah tiga kali lebih tahan lasak dan mesra alam. Jadi, tunggu apa lagi?

Kalau berminat, anda sudah boleh membuat pra-tempahan di Shopee Store ONERIDE Malaysia di pautan ini: https://bit.ly/2VPBEj9

GALERI

Google ads
Back to top button