Motosikal

KTM RC 8C 2022. 128HP, 140KG, TERHAD 100 UNIT SAHAJA. BERMULA RM178K

KTM akhirnya memperkenalkan jentera litar terbaharunya yang dikenali sebagai KTM RC 8C. Terhad kepada 100 unit sahaja, model yang khas untuk kegunaan di litar lumba itu ditawarkan pada harga £30,999 (RM178,400) seunit. 

Apa yang membuatkan RC 8C sangat istimewa adalah kerana ia mengingatkan kembali kita kepada model replika GP yang boleh ditunggang di atas jalan raya, KTM RC8. Malangnya, RC8 dihentikan pengeluarannya kerana didakwa terlalu laju.

RC 8C dikuasakan oleh enjin parallel-twin bersesaran 890cc. Diambil daripada model KTM890 Duke R dan menerima talaan semula, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 128hp. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda yang terdiri daripada rim ringan daripada Dymag dan dibalut oleh tayar slick Pirelli SC1. 

Segala maklumat penting tunggangan dipaparkan pada skrin TFT bersaiz 5 inci. Ia turut menyokong fungsi GPS dan data logger AIM MXS 1.2 RACE/ 

Apa yang lebih menakjubkan ialah RC 8C hanya mempunyai berat kering 140kg. Berat tersebut diperoleh hasil penggunaan chasis yang diinspirasikan daripada jentera lumba Moto2. Sekali gus membolehkannya mempunyai nisbah berat kuasa hampir 1:1. 

Bukan sekadar ringan, jentera berkenaan sarat dengan komponen perlumbaan. Antaranya ialah brek Brembo Stylema, sistem suspensi WP Suspension Pro, badan diperbuat dariapada material GRP yang diperkukuhkan dengan karbon Kevlar dan winglet hadapan.

Tidak ketinggalan, sistem ekzos Akrapovic bersama peredam titanium, kotak udara serta penapis udara spesifikasi perlumbaan. 

KTM mahu membuatkan semua pembeli RC 8C lebih istimewa apabila menawarkan pakej trek perlumbaan. Ia meragkumi set rim tambahan Dymag, cakera brek depan belakang, stand motor depan belakang, karpet KTM Race dan set pemanas tayar. 

Sementara 25 pembeli bertuah pula akan menikmati mengalami pengalaman di litar secara eksklusif di Jerez, Sepanyol. Di sana, mereka akan menerima tunjuk ajar daripada penunggang profesional TM iaitu Dani Pedrosa dan Mika Kallio. Mereka bagaimanapun perlu membuat bayaran tambahan untuk mendapatkan pengalaman tersebut. 

GALERI

Google ads
Back to top button