Motosikal

YAMAHA NVX 155 V3 MASUK MALAYSIA TAHUN INI?

Tahun lalu, Yamaha telah pun memperkenalkan generasi terbaru NVX 155 menerusi Aerox Alpha bagi pasaran Indonesia. Skuter urban versi ketiga (V3) itu turut diberi rupa bentuk yang lebih segar bagi tahun 2025. 

Berdasarkan perkembangan terbaru, kami difahamkan NVX 155 V3 itu akan turut diperkenalkan di Malaysia tahun ini. Perkara itu sudah pun dijangka tatkala terdapat beberapa laporan bahawa skuter berkenaan kelihatan menjalani ujian jalan raya disini. 

Bagi pasaran Indonesia terdapat empat varian ditawarkan, masing-masing terdiri dari varian Standard, CyberCity, Turbo dan Turbo Ultimate. 

Turbo dan Turbo Ultimate merupakan varian yang unik ekoran dilengkapi dengan transmisi YECVT yang menggunakan motor elektrik untuk mengawal pulley sekaligus menghasilkan daya pecutan dan nyahpecutan dengan penggunaan butang Turbo Y Shift. 

Namun begitu, memandangkan NMAX 155 terbaru yang dilancarkan di Malaysia tahun ini bukannya varian Turbo kami menjangkakan perkara sama akan berlaku pada NVX 155 baharu. 

Berdasarkan pengamaatan, kami berasakan varian CyberCity (dengan ABS) yang akan dipasarkan disini. 

Dalam pada itu, tiada perubahan dari sudut enjin yang masih bernadikan unit satu silinder 155cc SOHC dengan VVA yang berupaya menjana 15hp pada 8,000rpm dan 14.2Nm pada 8,000rpm. 

Google ads
Back to top button