Motosikal

YAMAHA Y16ZR DATANG DENGAN WARNA BAHARU – RM11,398

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) agresif dalam tempoh sehari dua ini dengan memperkenalkan Y15ZR SE dan MT-15 dengan warna baharu. 

Terbaru, HLYM turut mengemas kini Y16ZR dengan warna dan grafik lebih segar bagi tahun 2025. Tahun ini, Y16ZR hadir dengan tiga pilihan warna baharu yang terdiri dari Fiery Red, Desert Steel dan Emerald Pearl dengan masing-masing turut dipadankan dengan grafik yang menyerlah. 

Kesemua warna baharu ini sudah boleh didapati di pengedar rasmi Yamaha seluruh negara bermula 8 April 2025 dengan harga jualan cadangan RM11,398

Menurut HLYM, setiap pembelian akan disertakan dengan Yamaha safety disc lock bernilai RM100. 

Yamaha Y16ZR yang telah dikemas kini ini masih lagi menawarkan 17.7hp pada 9,500rm dan 14.4Nm pada 8,000rpm yang dibekalkan enjin satu silinder 155cc dengan VVA. Motosikal ini juga dilengkapi dengan ABS satu saluran dan klac asssist & slipper secara standard. 

Google ads
Back to top button