Motosikal

HLYM KEMAS KINI WARNA YAMAHA NVX 2024 – DARI RM9,998

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya memperkenalkan empat pilihan warna baharu bagi skuter popular, Yamaha NVX 155. 

Bagi tahun 2024, NVX kini hadir dengan warna Cyan Sky dan Premium Navy bagi varian ABS serta Blue dan Bronze bagi varian standard. 

Namun begitu, tiada perubahan pada spesifikasi lain termasuk enjin yang masih lagi bernadikan satu silinder 155cc SOHC dengan VVA yang menjana 15hp pada 8,000rpm dan 13.9Nm pada 6,500rpm. 

Sementara itu, harga disyorkan bagi varian standard adalah RM9,998 dan RM11,698 bagi varian ABS. 

Seperti biasa, setiap pembelian motosikal Yamaha akan didatangkan dengan kunci cakera brek Yamaha bernilai RM100. 

Google ads
Back to top button