Motosikal

DARI MINIGP KE MOTOGP, HAKIM DANISH DAPAT TIKET ‘WILDCARD’ GP MALAYSIA

Pelumba muda negara, Hakim Danish diumumkan sebagai pelumba ‘wildcard’ sempena MotoGP Malaysia yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober ini. 

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Danish akan beraksi di Kejuaraan Dunia Motoo3 sekaligus menandakan pencapaian baharu bagi pelumba muda itu yang bakatnya bermula di SIC MiniGP. 

“Ini bukan sekadar satu perlumbaan (buat Danish). Dia merupakan wakil terbaik dari program pembangunan akar ubi sukan permotoran (MDEV). 

“Dia merupakan pelumba negar paling berbakat ketika ini dan kami menjemput rakyat Malaysia untuk hadir ke Sepang dan memenuhi grandstand bagi memberi sorakan gemuruh,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman. 

Program pembangunan bakat muda bermula dari SIC MiniGP membuahkan hasil dengan karier Danish berkembang sejurus selepas itu di Asia Talent Cup, European Talent Cup, Red Bull MotoGP Rookies Cup dan FIM JuniorGP World Championship. 

Google ads
Back to top button