Motosikal

MOTOSIKAL 150CC KE BAWAH DIKENAKAN CUKAI JUALAN  10 PERATUS SEJAK JULAI 2025?

Ketika kerajaan menukar sistem GST kepada SST, penjualan motosikal berkapasiti 250cc ke bawah telah diberikan pengecualian cukai yang bersifat sementara. 

Untuk makluman, pengecualian cukai tersebut telah pun berakhir pada 30 Jun lalu dan bermula 1 Julai 2025, motosikal 150cc ke bawah kini dikenakan cukai 10%. 

Bagaimanapun, menurut sumber, pihak MASAAM (Persatuan Pemasang dan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia) telah pun  menghantar permohonan rasmi kepada pihak Kementerian Kewangan untuk memberi pengecualian cukai jualan bagi motosikal 150cc ke bawah. 

Kami difahamkan bahawa MASAAM telah menghantar permohonan pada 6 Ogos lalu dan masih menanti maklum balas dari pihak kementerian. 

Namun begitu, yang mencuri perhatian kami, motosikal berkapasiti 151cc hingga 250cc masih lagi diberikan pengecualian cukai. 

Google ads
Back to top button