" "
Artikel Pilihan

SELAMAT HARIJADI KE 50 LAMBORGHINI COUNTACH – NAMPAK MACAM MUDA JE KAN

Produksi Lamborghini Countach dimulakan pada bulan Mac tahun 1974 dan ianya berterusan selama 16 tahun. Lama betul tu. Ia bukannya dikeluarkan secara besar-besaran dan pada peringkat awal hanya 1,999 unit sahaja dihasilkan. Namun walaupun jumlahnya kecil, Countach telah memberikan impak yang besar dalam dunia permotoran dan semuanya bermula dengan sebuah Countach berwarna hijau ini.

Sebagai meraikan harijadi model ikonik ini, Lamborghini telah membawa model LP400 ini ke lokasi ia dilahirkan. Barisan pengeluaran asal yang sama di Sant’Agata Bolognese tapi dengan kelengkapan serba moden kini.

Lamborghini turut menyiarkan kembali foto-foto vintaj proses produksi LP500s hinggalah ke LP5000s. Varian terakhir paling banyak dihasilkan dalam sejarah Countach.

Lamborghini turut menyiarkan gambar Countach berada sebelah menyebelah dengan model flagship terbaru mereka, Revuelto. Keduanya meninggalkan impak besar dalam dunia permotoran, keduanya masih menggunakan enjin V12 dan keduanya juga sama-sama berwarna hijau.

Lamborghini berbangga kerana mereka masih berdiri teguh mengeluarkan kereta-kereta sport super di lokasi pengeluaran yang sama. Sudah tentu banyak perubahan berlaku tapi Countach kekal sebagai antara model ikonik yang turut menempa nama sebagai model poster bilik tidur paling terkenal di seluruh dunia.

Google ads
Back to top button