Buletin

ANDA KINI BOLEH PANDU LAMBORGHINI COUNTACH – DALAM GAME ASPHALT 9

Dalam dunia nyata, anda mungkin sudah tidak berpeluang untuk menyambar sebuah Lamborghini Countach moden, memandangkan hanya 112 unit sahaja yang dihasilkan, dan semua unit telah pun habis terjual.

Namun, peluang untuk ‘memandu sebuah Lamborghini Countach’ boleh didapati menerusi permainan video Asphalt 9: Legends.

Gameloft, penerbit permainan kegemaran ramai itu bukan sahaja memperkenalkan supercar Countach LPI 800-4, malah turut melancarkan perlumbaan khas untuk supercar tersebut.

Pemain berpeluang untuk mencatatkan masa terbaik di dalam sesi kelayakan yang dibuka bermula sekarang sehingga 7 Ogos ini, dan sesi kedua pada 22-28 Ogos nanti.

Pemain terpantas akan bertempur di dalam pusingan akhir di mana mereka akan berdepan dengan perlumbaan double-elimination pada 14 September ini.

Kembali ke dunia sebenar, Lamborghini Countach LPI 800-4 dikuasakan oleh nadi V12 6.5 liter aspirasi natural yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 803 hp yang turut dipadankan dengan teknologi hibrid 48 voltan.

Ia mampu memecut sepantas 2.9 saat dari 0-96 km/j, 8.6 saat dari 0-200 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 355 km/j.

Google ads
Back to top button