
MACAM MANA RASANYA MEMANDU LAMBORGHINI COUNTACH – SUPERCAR PALING IKONIK ERA 80 AN
Inilah supercar paling ikonik dan menjadi poster pilihan peminat kereta satu ketika dahulu. Sekarang dah jadi kereta vintaj dan untuk merasa sendiri pemanduannya seakan satu perkara yang mustahil melainkan anda seorang hartawan miliana. Tokey kosmetik pun tak ada koleksi Lamborghini Countach ni kan? Macam mana agaknya perasaan bila memandunya? Mujurlah sekarang ada perkongsian di laman YouTube.

Video ini adalah dari channel YouTube Tedward yang menunjukkan beliau memandu uji sebuah Lamborghini Countach 25th Anniersary yang berwarna kuning. Permulaan video menunjukkan keadaan luaran kereta yang serba unik dan futuristic satu ketika dahulu.
Menariknya pengacara menggunakan kamera badan yang memberikan penonton perspektif dari tempat duduk pemandu. Rasa macam kita pula tengah memandu supercar ni. Berberza dari supercar moden yang biasa kita lihat, dalaman kereta ini kelihatan cukup ringkas. Kalau tak tunjuk bahagian luaran dahulu mungkin kita akan menyangka yang ini tempat duduk pemandu bas. Hahaha.
Prosedur permulaan ditunjukkan dengan jelas seperti kedudukan brek tangan dan posisi gear. Meter pun semua analog tak bentangan meter dan paparan digital macam kereta korang tu.
Tedward kemudian memandu supercar ini di jalan raya sebenar dalam keadaan basah akibat musim dingin. Memang menarik supercar lama ni mungkin kerana ia memberikan nostalgia kepada sesiapa yang memandangnya. Pengacara pun memandu agak cermat mungkin sebab jalan yang basah dan mungkin juga tidak mahu mengambil risiko dengan supercar yang dah kira rare ni.
Paling best semestinya bila kita dapat dengar raungan enjin 5.2 liter V1 sewaktu pemandu menekan minyak. Boleh ketagih woo dengar bunyi ni. Tak ada masa la nak dengar DJ radio mengilai macam mak lampir pagi-pagi kalau dapat dengan bunyi enjin macam ni.
Kalau anda merupakan peminat Lamborghini Countach satu ketika dahulu dan sentiasa tertanya-tanya perasaan sewaktu memandunya mungkin ini adalah jawapan yang anda cari.