
SINAR PUNCAK LANCAR MINYAK ENJIN MOTOSIKAL SINOPEC X-SERIES SYNTHETIC BAHARU
Sinar Puncak Sdn Bhd baru-baru ini diumumkan sebagai pengedar sah produk minyak pelincir motosikal Sinopec di Malaysia.
SINOPEC X-Series Synthetic serba baharu dilancarkan secara rasmi oleh Pengurus Pemasaran dari Sinar Puncak Sdn Bhd, Andy Lee dan Ketua wakil SINOPEC LUBRICANT Malaysia & Brunei, Li Chen Ming.
Minyak pelincir motosikal SINOPEC X-Series Synthetic tersedia untuk versi transmisi manual dan automatik.

Kedua-dua produk Sinopec X-Series Synthetic, (SN/MA2) dan (SN/MB) dirumus dengan minyak asas teknologi sintetik sepenuhnya serta penambahan pelbagai fungsi.
Produk tersebut dinilai sebagai pelincir kategori API SN yang memenuhi keperluan Japanese Automobile Standards Organization (JASO) sebagai produk berkualiti JASO MA2 dan JASO MB.
Sebagai peneraju dalam industri pengedaran alat ganti dua roda dan pakaian, Sinar Puncak adalah yang pertama memulakan ‘MINYAK RAHMAH RM5’ bagi sebotol minyak pelincir motosikal.
Ia ditawarkan di bengkel rakan kongsi dan boleh dibeli menerusi jualan dalam talian bermula pada 5 Mei 2023.
Untuk rekod, ‘MINYAK RAHMAH RM5’ berjaya mencatat jualan sebanyak 555 botol dalam tempoh satu jam.
Kepada yang berminat mendapatkan Sinopec X-Series Synthetic, anda boleh memilikinya di semua pengedar sah atau lawati https://gomoto.com.my/collections/sinopec-lubricant.
GALERI:





