Buletin

RECALL UNTUK 9 UNIT LAMBORGHINI COUNTACH, CERMIN PELINDUNG ENJIN BOLEH TERCABUT

Ini merupakan satu berita yang sedih buat para pemilik Lamborghini Countach LPI 800-4 yang baharu sahaja menerima unit masing-masing.

Pihak agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) mengumumkan kempen panggil semula melibatkan sembilan unit Countach baharu yang diproduksikan antara 30 Jun hingga 28 Julai tahun ini.

Ia berpunca daripada salah satu daripada empat panel kaca bonet belakang di mana isu ini mula dikesan pada Countach pasaran Qatar.

Siasatan dalaman di Sant’Agata Bolognese mendapati masalah tersebut berpunca daripada kesilapan pemasangan melibatkan penggunaan perekat yang tidak mencukupi pada panel kaca tersebut.

Hasil siasatan ini dihantar kepada NHTSA sebelum kempen panggil semula dibuat.

Kesemua sembilan unit Countach itu akan diperiksa untuk menentukan penggunaan perekat yang mencukupi pada panel kaca tersebut, dan pihak Lamborghini akan menggantikannya dengan yang baharu sekiranya terdapat masalah.

Mujur kesemua unit yang terjejas masih lagi berada di bawah waranti. – Motor1

Google ads
Back to top button