Buletin

EDISI TERHAD TOYOTA HILUX 2.4G DILANCARKAN

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) semalam melancarkan edisi terhad Toyota Hilux 2.4G transmisi automatik. Ia dijual pada harga RM126,000 dan dilengkapi dengan aksesori tulen Toyota.

Sejak dilancarkan pada 2016, lebih 18,000 unit Hilux Revo baru ini telah terjual di pasaran tempatan. Malah, pengenalan model Vigo pada 2005 menjadikan Hilux trak terlaris dalam pasaran dengan lebih 200,000 unit kini berada di jalanraya menjadikannya model terlaris UMW Toyota sejak 10 tahun lepas.

BACA: PANDU UJI TOYOTA HILUX REVO

Edisi Terhad Hilux 2.4G AT ini lebih kepada perubahan kosmetik. Bahagian luarannya dilengkapi dengan trim penutup lampu hadapan dan belakang, pelekat garisan perlumbaan di atas hud depan, jeriji radiator yang “digelapkan”, penutup lampu kabus, kontras warna gelap pada bumbung dan juga bahagian tengah bampar hadapan dan belakang.

Sama seperti mana-mana varian Toyota Hilux yang dijual di bawah UMW, Hilux turut didatangkan dengan jaminan 6 tahun atau 150,000km yang mana terdahulu. Jaminan masih sah walaupun kenderaan telah bertukar milik.

Serentak dengan model Edisi Khas ini, UMWT juga memperkenalkan varian baru – Hilux 2.4G STD (manual dan automatik) dengan harga permulaan lebih rendah bermula RM108,500. Kesemua model yang disebutkan akan berada di pusat pameran Toyota seluruh negara bermula esok 15 Feb 2017.

BACA: MODIFIKASI TOYOTA HILUX DARI KELANTAN

Google ads
Back to top button