Buletin

PAGANI HUAYRA ROADSTER – RM10.7 JUTA, SUDAH HABIS DIJUAL

Ini ialah Pagani Hyuara Roadster baharu yang bakal diperkenalkan secara rasmi pada acara Geneva Motor Show 2017 Mac depan. 

Menurut Pagani, Huayra Roadster bukan sekadar sebuah Huayra yang dibuang bumbungnya. Tetapi penghasilannya memerlukan kejuruteraan tahap tinggi, sekali gus membolehkannya 80kg lebih ringan atau cuma 1,280kg berbanding model coupe.

Jentera ultra mewah itu juga lebih tegar kerana mengguna material komposit baharu secara komprehensif.

Huayra Roadster dikuasakan oleh enjin V12 daripada Mercedes-AMG M158 bersesaran 6.0 liter. Ia mampu menjana 754hp dan tork lebih 1,000Nm yang boleh dicapai pada putaran rpm serendah 2,400rpm.

Kuasa luar biasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi  kotak gear manual automatik tujuh kelajuan yang dibangunkan khas oleh Xtrac, sama seperti pada model Huayra BC.

Perubahan turut dibuat pada sistem suspensi yang kini menggunakan aloi aluminium ringan dikenali sebagai HiForg. Direka khas untuk Huayra Roadster, ia membantu mengurangkan berat sehingga 25 peratus.

Jentera itu diberhentikan menerusi aplikasi brek seramik karbon Brembo bersama cakare bersaiz 380x34mm dan enam omboh angkup pada roda hadapan. Roda belakang pula menggunakan cakera bersaiz  380×34 mm bersama empat omboh angkup.

Pirelli menghasilkan tayar istimewa untuk  Huayra Roadster yang bersaiz 20 inci di hadapan dan 21 inci di belakang. Satu lagi sentuhan unik jentera itu ialah pilihan lima mode pemanduan iaitu Wet, Comfort, Sport, Race dan ESC Off.

Pagani telah membangunkan dua jenis bumbung untuk Huayra Roadster. Pertama,  jenis hard top yang diperbuat daripada karbon ringan bersama elemen kaca pada bahagian tengahnya.

Satu lagi ialah bumbung fabrik dan penutup karbon yang menurut Pagani boleh disimpan dengan hanya beberapa langkah mudah.

Hanya 100 unit Huayra Roadster akan dihasilkan. Walaupun harganya mencecah AS$2.41 juta (RM10.7 juta), semuanya sudah pun habis dijual.

BACA: PAGANI ZONDA TRICOLORE. HANYA 3 UNIT DI DUNIA. SIRI NO. 2 UNTUK DIJUAL 

BACA: KERETA KLON – JANGAN KENA TIPU LA BRADER

GALERI

Google ads
Back to top button