Buletin

RAKAN STRATEGIK PROTON HANYA DIUMUMKAN SEBELUM PENHUJUNG JUN 2017

Berikutan spekulasi yang tersebar sejak minggu lepas mendakwa rakan stategik Proton akan diumumkan pada 15 Februari, kami menerima pelbagai pertanyaan dari pembaca. Pihak kami cuba mendapatkan kepastian dari pihak Proton namun TIADA yang mengesahkannya.

Menurut sumber kami, ia hanyalah spekulasi kerana buat masa ini, pihak DRB-HICOM masih lagi membuat rundingan dengan beberapa pihak dan ia masih belum dimuktamadkan. Perbincangan masih berjalan dan keputusan hanya akan diketahui selewat-lewatnya sebelum Jun 2017.

Lewat semalam, pihak DRB-HICOM mengeluarkan kenyataan media rasmi menafikan sebarang laporan yang menyebut perjanjian dengan rakan baru telah dimuktamadkan.

Berikut adalah siaran media rasmi;

HASIL RAKAN STRATEGIK PROTON DALAM SEPARUH PERTAMA 2017

SHAH ALAM, 15 FebruarI 2017: DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan beberapa laporan yang mendakwa kami telah memuktamadkan pencarian rakan strategik asing bagi syarikat milik penuh kami, PROTON Holdings Berhad (PROTON).

Buat masa ini, kami sedang menumpukan kepada proses kritikal mencari rakan strategik asing yang tepat untuk PROTON, dan satu pengumuman akan dibuat pada waktu yang tepat kelak.

Ada beberapa laporan yang mendakwa pencarian ini akan dimuktamadkan pada hari ini, 15 Febuari. Kami ingin menjelaskan bahawa seperti yang telah kami umumkan terdahulu, DRB-HICOM akan menamatkan pencarian dan mengumumkan hasilnya di dalam separuh pertama tahun 2017.

Kami bagaimanapun akan berusaha untuk menyelesaikan pencarian ini secepat mungkin.

Kami juga telah menjelaskan sebelum ini bahawa proses ini adalah amat kompleks dan akan memakan masa. Setelah menerima bidaan, DRB-HICOM akan memulakan perundingan terperinci dengan pembida-pembida.

Ini adalah untuk memastikankan semua perkara utama yang akan kami pertimbangkan ada di dalam bidaan mereka. Ini merangkumi keserasian strategik, operasi dan budaya. 

DRB-HICOM kemudian akan memulakan proses kelulusan dalaman, termasuk memanggil mesyuarat pemegang saham, selain proses kelulusan daripada pihak berkuasa untuk membolehkan rakan strategik yang dipilih mengambil alih ekuti didalam PROTON.

Kami harap orang awam dak terkeliru dengan laporan-laporan yang dak tepat mengenai isu ini. DRB-HICOM akan membuat pengumuman rasmi pada waktu yang sesuai.

Diharap, ia jelas dan sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya.

BACA: SAHAM GEELY MELONJAK SELEPAS DIDAKWA BAKAL BELI PROTON

BACA: PROTON DITAULIAH PUSAT AKADEMIK AUTOMOTIF

Google ads
Back to top button