
MOOKU LANCAR KIT UBAH MUKA DEPAN SUZUKI CARRY JADI TRAK MAZDA ERA 70-AN
Syarikat penala Jepun Mooku melancarkan kit penukaran bertemakan retro yang membolehkan para pemilik trak Suzuki Carry mengubah penampilan menjadi trak mini Mazda era 70-an.
Ia mengambil inspirasi daripada model generasi kedua Mazda Porter Cab yang dihasilkan antara tahun 1977 hingga 1989.
Mooku membuat perubahan pada panel hadapan yang mengikut reka bentuk asal Mazda Porter Cab, diikuti dengan trim lampu empat segi yang dibulatkan, serta bampar plastik yang tidak bercat.

Pembeli juga boleh mendapatkan opsyen lampu LED penuh menggantikan unit halogen.
Kos untuk mendapatkan kit conversion ini adalah sekitar ¥258,500 (RM8,409) sahaja.
Tiada sentuhan dibuat terhadap trenkuasa, ini bermakna Suzuki Carry ini masih lagi mengekalkan nadi tiga silinder 658 cc menghasilkan 50 hp dan 59 Nm, dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan dan sistem AWD.