
RECALL: SUZUKI GIXXER 250 DAN GIXXER 250SF DI MALAYSIA TIDAK TERLIBAT
Baru-baru ini telah berlangsungnya ‘product recall’ (panggilan semula) bagi tiga model Suzuki bersesaran 250cc di India yang membabitkan Gixxer 250, Gixxer 250SF dan V-Strom 250SX.

Panggilan semula itu dilaksanakan ekoran timbul isu berkait dengan ‘camshaft’ pada ruangan enjin yang boleh menyebabkan enjin mati secara tiba-tiba dan menghasilkan bunyi yang tidak normal.

Panggilan semula itu secara tak langsung turut menimbukan rasa bimbang dikalangan pemilik Gixxer 250 dan Gixxer 250SF di Malaysia.

Bagaimanapun, Suzuki Malaysia dalam satu perkongsian terbaru mengesahkan panggilan semula itu tidak melibatkan Gixxer 250 dan Gixxer 250SF di Malaysia ekoran kedua-dua model tersebut merupakan model pemasangan tempatan.
Suzuki Malaysia juga memberi jaminan sentiasa memandang berat aspek keselamatan dan kepuasan penunggang.