Buletin

ETCM UMUM PEMENANG MILLIONAIRE DRIVE

ETCM dan AirAsia BIG semalam menyampaikan hadiah Kempen Millionaire Drive kepada pemenang bulan Oktober.

ETCM-Millionaire- Drive-mekanika (2)

Ia menyaksikan Che Zainun Tun Mohammed menerima hadiah utama berupa 300,000 BIG Points. BIG Points yang dimenangi oleh Che Zainun membolehkan beliau menikmati perjalanan pergi balik ke Tokyo, Sydney, Beijing, Seoul atau pelbagai lokasi dalam negara sebanyak lima kali.

Untuk makluman, Che Zainun telah membeli sebuah Nissan Almera 1.5E AT di cawangan ETCM di Kota Bharu.

ETCM-Millionaire- Drive-mekanika (3)

Sementara 14 orang pemenang hadiah saguhati pula membawa pulang 50,000 BIG Points setiap seorang. Ia boleh membawa mereka ke banyak lokasi dalam negara atau dua tiket pergi balik ke Siem Reap, Yangon, Bangkok atau Chiang Mai.

Kempen Millionaire Drive pada Oktober nyata mencatat kejayaan yang memberangsangkan.

“Justeru, saya berbesar hati mengumumkan bahawa kami akan meneruskan kempen pada bulan November dan Disember. Ini bagi  memberi peluang lebih ramai rakyat Malaysia untuk memandu pulang sebuah Nissan dan terbang seperti seorang jutawan,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng.

ETCM-Millionaire- Drive-mekanika (5)

Sama seperti kempen bulan Oktober, 15 orang pelanggan yang membeli dan mendaftar kenderaan Nissan mereka pada bulan November dan Disember bakal berpeluang memenangi sebahagian daripada 1,000,000 BIG Points setiap bulan.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ETCM di talian 1800-88-3838.

Google ads
Back to top button