Advertisements
Buletin

NISSAN X-TRAIL e-POWER e-4ORCE BAHARU BAKAL DILANCARKAN TIDAK LAMA LAGI

Nissan X-Trail e-POWER e-4ORCE generasi terbaharu membuat penampilan sulung di Malaysia apabila dipilih sebagai Kereta Pendahulu Rasmi bagi acara KLHALF Marathon 2026.

Kemunculan SUV elektrifikasi itu memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih dekat model terbaharu Nissan berkenaan sebelum pelancaran rasminya yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.

Dalam acara tersebut, X-Trail e-POWER e-4ORCE ditugaskan mengetuai barisan pelari sepanjang laluan perlumbaan di sekitar Kuala Lumpur.

Pemilihan itu turut memperlihatkan keupayaan model berkenaan yang menampilkan gabungan prestasi responsif, kestabilan serta sistem pacuan semua roda pintar.

Menurut Naib Presiden Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Christopher Tan, penglibatan Nissan sebagai rakan automotif rasmi acara itu mencerminkan keserasian antara semangat kecemerlangan sukan dengan keupayaan teknologi kenderaan keluaran Nissan.

Beliau berkata, X-Trail e-POWER e-4ORCE membawa ciri ketahanan, ketepatan dan kestabilan yang diperlukan untuk menggalas tanggungjawab sebagai kenderaan pendahulu acara berkenaan.

Tambahnya, kemunculan model itu juga menjadi satu pencapaian penting bagi Nissan di Malaysia, khususnya dalam usaha memperluaskan penawaran kenderaan elektrifikasi kepada pengguna tempatan.

Dari aspek teknologi, X-Trail baharu menggabungkan sistem e-POWER dengan teknologi pacuan semua roda e-4ORCE. Sistem berkenaan menggunakan dua motor elektrik untuk mengawal pengagihan kuasa dan daya membrek pada setiap roda secara berasingan.

Teknologi e-4ORCE dibangunkan bagi meningkatkan cengkaman, kestabilan dan keselesaan ketika memandu dalam pelbagai keadaan jalan raya.

Berbeza dengan sistem pacuan semua roda konvensional yang menggunakan mekanisme mekanikal, e-4ORCE memanfaatkan motor elektrik untuk mengawal tork dan daya membrek dengan lebih tepat, dengan tindak balas sepantas 1/10,000 saat.

Gabungan kedua-dua teknologi itu membolehkan kenderaan memberikan respons lebih pantas selain menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan terkawal.

Penampilan di KLHALF Marathon 2026 menjadi pengenalan awal kepada X-Trail e-POWER e-4ORCE di pasaran Malaysia sebelum model berkenaan dilancarkan secara rasmi.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terbaharu menerusi saluran rasmi Nissan Malaysia atau mendaftarkan minat melalui laman https://bit.ly/4iAR80Y.

Google ads
Back to top button