Artikel Pilihan

F-35 LIGHTNING II – HELMET TERMAHAL DI DUNIA DENGAN SETIAP UNIT BERNILAI LEBIH RM1.8 JUTA!

Kalau terasa diri terlajak kaya dan perlukan helmet untuk menunjuk-nunjuk kepada khalayak ramai, lupakanlah Shoei J-Force 2 ataupun Bell Magnum Super USA ataupun Arai Corsair – X RC. Semua tu dah mahal tapi jauh lebih murah berbanding yang satu ni. Inilah helmet termahal di dunia dan digunakan oleh juruterbang pesawat tempur F-35. Ia dinamakan Lightning ll da setiap satu helmet ini bernilai lebih RM1.8 juta boh!

Dengan harga yang menyamai sebuah Ferrari, pengguna helmet ini juga perlu melalui proses fitting selama dua hari (ya, macam nak tempah baju kahwin tuan-tuan), gaya potongan rambut mesti sentiasa sama, berat badan tak boleh naik dan tiga tahun sekali wajib diselenggara supaya kekal kemas di kepala juruterbang.

Kenapa mahal sangat boh? Logiknya kalau dah pesawat yang diterbangkan bernilai USD78juta, takkanlah helmet yang digunakan bernilai USD10 ke 20k kan?

Helmet F-35 ini sebenarnya ialah keajaiban teknologi. Ia mempunyai paparan night vision, thermal imagery dan video dari bahagian bawah badan jet. Ini bermakna juruterbang boleh melihat keadaan di bawah pesawat secara terus menerusi helmet tanpa perlu menoleh ke mana-mana arah.

Nak tengok dari sudut bawah sayap pun boleh kerana kesemua imej tersebut akan dipaparkan terus ke paparan dalaman helmet.

Hasilnya ialah tiada lagi penggunaan skrin gaya lama yang memaparkan simbol-simbol dan ikon-ikon yang mewakili sasaran, kawan dan macam-macam lagi fungsi. Kini ia lebih lebih live feed dari dunia sebenar.

Punyalah canggih boh sampai terpaksa diselenggara secara berkala. Sudah tentu helmet seperti ini hanya wujud dalam dunia ketenteraan dan lambat lagi kalau ada pun untuk orang awam. Dalam shopee pun tak ada punya dan kalau ada pun mesti replika.

Google ads
Back to top button