FORD PATEN PROJEKTOR BOLEHKAN PENUMPANG MAIN VIDEO GAMES – JANGAN PASANG MASA MEMANDU PULAK
Ford baharu sahaja patenkan projektor khas untuk EV mereka di masa akan datang yang bakal bolehkan penumpang bermain permainan video. Ia dijangka boleh mengurangkan kebosanan penumpang dan pemandu semasa menunggu kereta mereka dicas semula.
Lampu utama kenderaan akan bertindak sebagai projektor untuk paparan permainan video manakala peralatan infotainment akan turut berfungsi sebagai konsol permainan. Kawalan permainan pula boleh diakses menggunakan telefon pintar ataupun alat kawalan PlayStation.
Permainan video dalam kenderaan bukannya perkara baharu dan Tesla merupakan antara pelopor pertama yang kemudian terus berkembang dalam industry automotif. BMW pun join sekali dan apa yang unik sangat dengan fungsi permainan video Ford ni?
Ciri yang paling hebat semestinya paparan dari lampu Matrix LED yang besar dan cukup terang! Berbeza dari model keluaran jenama lain yang hanya menggunakan skrin paparan dalaman. Apa barang skrin 10 inci.
Ia tentu lebih hebat berbanding sistem lama kerana paparan biasa dalam kereta lebih mesra pemandu dan tidak dapat dilihat dengan jelas oleh penumpang lain. Jadi penggunaan projektor dengan imej yang besar gedabak akan boleh penumpang turut menikmati paparan permainan video yang menarik.
Menurut paten tersebut, pengguna kemungkinan boleh menggunakan kawalan dalaman kereta seperti stereng, butang dan skrin sesentuh untuk kawalan. Stereng tu kena steer-by-wire la, kalau pakai sistem stereng lama macam kat Kancil abang tu naya dik. Habih jahanam korang guna untuk main permainan rali.
Permainan yang mudah mungkin cuma menggunakan butang kawalan pada stereng. Apa pun jika kenderaan mula bergerak, fungsi projektor ini akan segera ditamatkan secara automatik.
Fungsi ini sekadar untuk mengisi masa lapang sewaktu kenderaan sedang dicas semula cuma kami tak sama ada paten ini berbaloi ataupun tidak diproduksikan. Ye lah, budak-budak sekarang hanya perlukan telefon pintar dalam hidup mereka. Nasi tak makan pun tak apa.