Artikel PilihanBuletin

FERRARI BAKAL LANCARKAN ENJIN V12 NA, KUASA LEBIH 830HP

Buat masa sekarang Ferrari 812 Competizione merupakan model paling berkuasa yang pernah dihasilkan oleh Ferrari dengan menggunakan enjin V12. Enjin F140 V12 ini menghasilkan 830 kuasa kuda dan 718Nm tork. Tapi rasanya ia bakal diatasi dengan enjin baru yang bakal diperkenalkan oleh Ferarri tidak lama lagi

Pengarah Teknikal Ferrari Michael Leiters mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan enjin V12 6500cc Natural Aspirated yang lebih berkuasa daripada model 812 Superfast. Kerja-kerja pembangunan dan kajian sedang giat dijalankan namun Michael enggan mendedahkan model Ferrari mana yang bakal menerima enjin baru tersebut

Beberapa spekulasi mengatakan bahawa enjin ini bakal dipasang pada model terbaru pengganti LaFerrari yang bakal dilancarkan dalam masa beberapa tahun lagi. Ia mungkin juga berkait rapat dengan enjin yang sedang dibangunkan oleh Ferrari menerusi program perlumbaan Le Mans Hypercar 2023. Untuk menghasilkan kuasa yang lebih tanpa bantuan turbo, jalan yang mudah ialah dengan menggunakan teknologi hibrid.

Ketua Pegawai Pemasarann Ferrari Enrico Galliera pula pernah menyatakan berkenaan prospek pengganti enjin V12 yang lebih berkuasa sedang dibangunkan oleh mereka. Galliera juga mendedahkan bahawa enjin ini akan digunakan sebagai enjin jalanan dan tidak terhad untuk kegunaan litar sahaja.

SUV Ferrari iaitu Ferrari Purosangue juga berpotensi untuk menerima enjin V12 baru ini. Pembangunan enjin baru ini menunjukkan komitmen Ferrari untuk terus menggunakan enjin poembakaran dalam V12 dan pada masa yang sama memastikan enjin ini melepasi piawaian Euro6 yang lebih ketat.

Enjin V12 6496cc yang digunakan pada Ferrari 812 Superfast ini dikenali sebagai Tipo F140GA berasal dari kumpulan enjin F140 yang telah diperkenalkan semenjak tahun 2002 lagi. Enjin ini berjaya merangkul 6 anugerah iaitu Best Performance Engine pada model F12 Berlinetta pada tahun 2013. Pada tahun 2018 enjin ini memenangi anugerah “Best New Engine” setelah ia diperkenalkan pada model 812 Superfast

Google ads
Back to top button