Buletin

WRC 2022 – GILIRAN HYUNDAI PULA MENGUJI JENTERA RALLY1

Walau pun muncul sebagai pasukan yang terakhir untuk mengesahkan penyertaan mereka dalam saingan World Rally Championship (WRC) musim 2020, namun nampaknya pasukan Hyundai telah pun memulakan ujian pertama mereka secara rasmi pada minggu lepas selepas pasukan M-Sport Ford melakukan ujian yang sama sebelum ini.

Pasukan Hyundai yang berpangkalan di Alzenau Jerman itu telah pun memilih sebuah lokasi di selatan Perancis untuk menguji buat pertama kalinya jentera hibird Rally1. Dalam ujian selama tiga hari itu, pasukan Hyundai telah pun menguji jentera prototaip Rally1 mereka pada permukaan batu kelikir yang sangat kasar bagi memastikan Jurutera pasukan dapat mengutip data – data penting semasa sesi ujian tersebut.

Walau pun pasukan Hyundai telah berjaya menyambung kontrak duo handalan mereka, Thierry Neuville dan juga Ott Tanak pada awal bulan yang lalu, namun pasukan Hyundai tidak menyatakan siapakah gerangan pemandu di sebalik stereng yang memandu uji jentera Rally1 yang dibina berdasarkan model keret jalanan Hyundai i20 N yang baharu.

Individu yang paling teruja sudah tentulah Prinsipal Pasukan, Andrea Adamo. Jika sebelum ini beliau sedikit gusar tentang hala tuju pasukan Hyundai, namun kini semuanya telah pun berada di hadapan mata dan masanya untuk menguji jentera tersebut di beberapa bahagian Eropah kelak mengikut bentuk muka bumi.

“Ianya dalam saat yang cukup istimewa apabila ianya berada di atas jalanraya buat pertama kali dan akan ada sentiasa ujian dan cabaran untuk dihadapi,” menurut lelaki yang berasal dari Turin ini.

Hasil daripada sesi ujian yang dilakukan, beberapa perkara penambahbaikan dan perubahan yang perlu dilakukan terhadap jentera Rally1 Hyundai ini menurut Adrea Adamo lagi. Iyalah, benda masih baharu kan. Satu ujian sahaja mana cukup untuk menguji ketahanan dan keupayaan sebuah jentera rali ini kan?

Manakala pasukan lawan seperti M-Sport Ford juga sebelum ini turut melakukan siri ujian tambahan di Sepanyol setelah melakukannya buat pertama kali di Britain sebelumnya.

Tapi apa cerita pula tentang pasukan Toyota Gazoo Racing? Guna model Vios GR kah sebagai jentera Rally1 nanti?

BACA : M-SPORT FORD MULA MENGUJI MODEL RALLY1 UNTUK MUSIM WRC 2022

BACA : WRC 2022 – M-SPORT DAN TOYOTA DAH BERSEDIA. TAPI HYUNDAI APA CERITA?

Google ads

B K

Back to top button