Buletin

ZEEKR LANTIK CARRO SEBAGAI PENGEDAR RASMI DI MALAYSIA

Zeekr, jenama EV premium dari China, kini melantik Carro sebagai pengedar rasmi di Malaysia.

Perjanjian kerjasama dimeterai di pusat flagship Carro di Puchong, menandakan langkah penting dalam memperkukuh rangkaian jualan dan servis Zeekr di negara ini.

Pelantikan ini membolehkan pengguna mendapatkan kenderaan elektrik Zeekr melalui rangkaian Carro, lengkap dengan pembiayaan dari Genie Financial Services, servis selepas jualan Carro Care dan perlindungan insurans dari Coverro.

“Kerjasama ini membuka lebih banyak peluang untuk rakyat Malaysia memiliki EV premium dengan mudah dan yakin,” kata Pengarah Urusan Zeekr Asia Tenggara, Alex Bao.

Carro, platform jual beli kereta terpakai terkemuka di Asia Pasifik, kini turut menjual kenderaan baharu. CEO International Marketplace Carro, Fong Hon Sum berkata, permintaan EV yang meningkat serta sokongan infrastruktur dan insentif kerajaan menjadikan masa ini sesuai untuk meluaskan penawaran EV di Malaysia.

Setakat ini, terdapat tiga Zeekr Space di Petaling Jaya dan IOI Mall Puchong. Empat lagi bakal dibuka di Juru Autocity, Lembah Klang dan Seremban, disertai tiga bengkel Carro Care.

Zeekr memulakan operasi di Malaysia pada Disember 2024 dengan dua model utama:

Zeekr 009 (MPV mewah)

  • Executive (FWD, 7 tempat duduk): RM310,000 (500 unit pertama)
  • Luxury (AWD): RM349,800
  • Ultra Luxury: RM359,800

Zeekr X (SUV kompak)

  • Premium: RM155,800
  • Flagship: RM172,800

Tempahan boleh dibuat di Zeekr Space atau di carro.co/zeekr

Google ads
Back to top button