Buletin

AVETA NOVA 250 G ELITE EDITION DILANCARKAN – TERHAD 128 UNIT, HARGA DARI RM14K

Aveta Malaysia memperluas rangkaian pengedarannya menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor, yang menawarkan kemudahan jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung.

Pusat berkenaan diwujudkan bagi memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat mengenai rangkaian motosikal Aveta, selain menyediakan kemudahan penyelenggaraan dan sokongan selepas jualan di satu lokasi.

Sempena pembukaan itu, Aveta Malaysia turut melancarkan Nova 250 G Elite Edition, model edisi terhad yang ditawarkan secara eksklusif menerusi G Elite.

Sebanyak 128 unit sahaja diperuntukkan bagi model berkenaan, yang tampil dengan skema warna eksklusif, grafik tersendiri serta nombor siri individu bagi membezakan setiap unit daripada Nova 250 standard.

Nova 250 G Elite Edition ditawarkan pada harga RM14,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Kerjasama antara Aveta Malaysia dengan G Elite menerusi pengenalan model khas itu turut menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh kehadiran jenama berkenaan dalam pasaran motosikal tempatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Aveta Malaysia meneruskan usaha memperluas sokongan selepas jualan melalui rangkaian pengedar sah, pusat servis dan stokis di seluruh negara.

Inisiatif seperti Aveta Care on Wheels turut menjadi sebahagian daripada pendekatan syarikat untuk meningkatkan kemudahan perkhidmatan kepada pemilik motosikal.

Pembukaan Aveta Elite Centre dijangka membantu memberikan akses lebih mudah kepada pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan jenama itu, selain mengukuhkan hubungan antara Aveta Malaysia dengan rangkaian pengedarnya.

GALERI:

Google ads
Back to top button