Buletin

FORD RANGER XLT PLUS SPECIAL EDITION DILANCARKAN – TERHAD 300 UNIT, JANA 210PS, HARGA BERMULA RM143K

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, hari ini secara rasmi melancarkan Ford Ranger XLT Plus Special Edition, dengan memperkenalkan pelbagai ciri baharu yang dinaik taraf.

Ranger XLT Plus Special Edition menyerlah dengan penampilan yang agresif dan berani, dengan penambahbaikan luaran menonjolkan lagi ciri praktikal serta daya tarikan visualnya.

Dari penggayaan, ia tampil dengan fender berwarna hitam, manakala Pelekat Sisi Matte Ranger dan Pelekat Sukan Matte yang tersendiri pada hud menambah gaya sukan lumba pada kenderaan.

Perincian lain termasuklah plat pelindung LED Ranger, gril korm, lampu depan LED dan rim aloi 17-inci.

Ranger XLT Plus Special Edition datang dalam dua pilihan warna;

  • Absolute Black
  • Meteor Grey

Di bahagian dalam, ia dilengkapi skrin sentuh berbilang 10.1-inci dengan Wireless Apple Carplay™, Android Auto™, Bluetooth dan Pengecaman Suara, beberapa pangkalan USB serta pemegang cawan tarik keluar.

Selain itu, turut disertakan adalah ciri-ciri tambahan termasuk himpunan instrumen digital dan punca kuasa 12V, menambah lagi ciri praktikal kabin.

Beralih pada kuasa, ia dipacu oleh enjin diesel dwi-turbo 2.0L yang menghasilkan 210PS dan 500Nm tork.

Nadi berkenaan digandingkan dengan transmisi automatik berkelajuan 10 selain, Sistem Elektronik Tukar Sambil Bergerak Ford (ESOF) meningkatkan kebolehsuaian kenderaan, menjadikan Edisi Khas ini cukup tangkas di lebuh raya dan juga di atas permukaan yang mencabar.

Untuk ciri keselamatan, ia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan antaranya adalah Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengurangan Gulingan, Sistem Brek Aktif, Edaran Brek Elektronik (EBD), dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).

Dengan hanya 300 unit ditawarkan di Malaysia, Ford Ranger XLT Plus Special Edition dijual pada harga daripada RM 143,888.00 (di atas jalan raya tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia, RM 149,388.00 di Sabah, dan RM 149,388.00 di Sarawak.

Edisi Khas ini disokong oleh jaminan alat ganti sepanjang tempoh waranti kenderaan, memberikan ketenangan minda kepada pemilik.

Google ads
Back to top button