
CATL HASILKAN BATERI TAHAN 1 JUTA KM/15 TAHUN.
Contemporary Amperex Technology (CATL) – merupakan firma pengeluar bateri kereta elektrik terbesar di dunia pada hari ini berjaya menghasilkan bateri yang jah lebih tahan lama dan tahan lasak. Bateri ini telah diuji secara ekstensif di pusat R&D mereka dan akan memasuki fasa pengeluaran tidak lama lagi
Bateri ini yang dihasilkan oleh CATL ini boleh bertahan sehingga 15 tahun dan mampu dipandu hampir sejauh 1 juta kilometer. Malah CATL memberi jaminan OEM yang bateri ini mampu mengekalkan SOC bateri pada 85% selama 10 tahun atau 966,000km
Sebagai perbandingan bateri yang digunakan oleh Tesla atau kereta elektrik lain hanya diberikan jaminan selama 8 tahun dan pada tahun ke 8 masih mampu mengekalkan SOC bateri pada 70%. Bateri baru yang dihasilkan oleh CATL adalah dua kali ganda daripada standard industri hari ini.
Buat masa ini bateri Tectran keluaran CATL adalah untuk kegunaan kenderaan berat seperti bas elektrik, lori komersial dan lori pengangkutan. Bateri ini juga dioptimumkan untuk ketahanan dalam jangka masa lama, bukannya untuk menghasilkan kuasa yang tinggi
Atas sebab ini ketumpatan tenaga bateri ini adalah sekitar 175 Wh/kg, namun masih lagi tinggi untuk kegunaan bas elektrik. CATL juga memberi jaminan bahawa bateri ini bebas dari masalah degradasi untuk 1000 kali pengecasan yang pertama
Walaupun kajian di R&D CATL mendapati bateri ini mampu bertahan selama 16 tahun, CATL mengambil langkah selamat dengan memberikan jaminan selama 10 tahun sahaja. Buat masa ini CATL dan syarikat kereta elektrik NIO telah memetrai perjanjian MOU pembangunan bateri yang tahan sepanjang hayat
CATL bertanggngjawab membangunkan bateri manakala NIO pula bertanggungjawab atas pematuhan dan ujian keselamatan. Visi MOU ini adalah untuk mencapai ketahanan sehingga 15 tahun, sekaligus menghapuskan kebimbangan pengguna berkenaan dengan isu penggantian bateri bagi kereta elektrik terpakai