
GABUNGAN NISSAN – HONDA MUNGKIN GAGAL
rundingan penggabungan yang digembar-gemburkan antara Honda dan Nissan dilaporkan berada di ambang kehancuran. Kedua-dua pesaing automotif Jepun itu meramalkan bahawa mereka boleh membentuk pengeluar kereta ketiga terbesar di dunia apabila Nissan & Honda berjaya bergabung
Tetapi laporan terbaru ini mendakwa bahawa Nissan merancang untuk menamatkan rundingan selepas mengetahui bahawa Honda lebih berminat dalam pengambilalihan sepenuhnya berbanding kerjasama yang meletakkan kedua-dua syarikat pada kedudukan yang sama.
Memetik satu sumber terdekat, Reuters melaporkan bahawa “perbezaan yang semakin meningkat di kedua-dua pihak” telah merumitkan perbincangan, dan perbezaan itu mungkin terlalu besar untuk diatasi. Perkara utama yang menjadi pertikaian ialah bagaimana kedua-dua pembuat kereta melihat perkongsian itu.
Honda didakwa meminta Nissan untuk menjadi anak syarikat, yang merupakan “menyimpang terus daripada semangat asal perbincangan”, dan idea itu mencetuskan panik di kalangan pemegang taruh Nissan di Yokohama.
Ahli lembaga pengarah Nissan akan bertemu dalam masa terdekat untuk memutuskan sama ada untuk meneruskan perbincangan. Nissan berada dalam kedudukan yang tersepit dengan jualannya jatuh dalam pasaran utama dan memiliki hutang yang serius,
Masalah Nissan akan bertambah serius dengan tarif yang diancam oleh pentadbiran Trump untuk dikenakan ke atas barangan perkilangan Mexico. Satu lagi tawaran diterima oleh Nissan ialah daripada firma Foxconn untuk meneruskan pengambilalihan semula, seperti yang dilaporkan akhir tahun lalu. Tapi kali ini, Nissan mungkin tidak mempunyai tawaran yang lebih menarik untuk menahan gergasi teknologi Taiwan itu.
Bagi Honda ia mempunyai nilai pasaran yang hampir lima kali lebih besar daripada Nissan, yang menjadi punca kenapa Honda cukup berani untuk menawarkan proses pembelian Nissan dan bukannya menawarkan proses penggabungan syarikat
Semasa proses rundingan berlangsung saham Honda meningkat sebanyak 8% di Bursa Saham Tokyo menjelang akhir dagangan Rabu, manakala saham Nissan merosot sebanyak 4%.
Kedua-dua syarikat secara tidak mengulas secara rasmi mengenai perkembangan rundingan dan bagaimana perbincangan penggabungan itu berjalan, tetapi kedua dua syarikat sebelum ini berkata mereka akan memberikan kemas kini pada pertengahan Februari.