Buletin

LIVERY IKONIK APPLE HIDUP SEMULA PADA PORSCHE 963 DI LAGUNA SECA

Kolaborasi klasik kembali menghidupkan nostalgia di litar.

Porsche mengumumkan kemunculan semula livery ikonik Apple, kali ini pada jentera lumba moden mereka, Porsche 963 yang akan beraksi di Laguna Seca.

Rekaan khas ini diinspirasikan daripada jentera legenda Porsche 935 K3 yang pernah membawa livery Apple ketika bersaing dalam 24 Hours of Le Mans sekitar tahun 1980.

Sentuhan retro tersebut kini diterjemahkan semula dengan pendekatan moden, mengekalkan identiti warna-warni Apple yang cukup dikenali.

Logo pelangi Apple menjadi tarikan utama, dipadankan dengan asas warna putih serta kemasan hitam pada badan 963, menghasilkan penampilan yang ringkas tetapi cukup menyerlah di litar.

Lebih daripada sekadar estetika, livery ini turut meraikan dua detik penting pada tahun 2026—ulang tahun ke-75 Porsche dan 50 tahun penubuhan Apple.

Hubungan antara kedua-dua jenama ini sebenarnya telah terjalin sejak era 80-an, berasaskan minat yang sama terhadap inovasi dan kreativiti.

Dua jentera 963 dengan livery istimewa ini dijadualkan berlumba pada 3 Mei dalam pusingan keempat IMSA WeatherTech SportsCar Championship bagi kelas GTP.

Walaupun Porsche menyatakan rekaan ini hanya untuk satu penampilan khas, ramai peminat berharap kolaborasi unik ini tidak berhenti di sini.

Kalau tengok hasilnya, memang rugi kalau sekadar “one-off”.

Google ads
Back to top button