Buletin

GAC GS3 EMZOOM TERIMA KEMASKINI – GRIL BAHARU, PILIHAN WARNA DUA TONA, HARGA KEKAL MULA RM116K

WTC Automotif (M) Sdn. Bhd. (WTCA), selaku pengedar rasmi jenama GAC di Malaysia, tampil menyegarkan penawaran SUV kompak mereka menerusi pengenalan versi terkini GAC GS3 EMZOOM.

Berteraskan tema “Nafas Baharu, Siap Siaga, Pacuan Padu”, model ini menerima sentuhan kemas kini yang menonjol dari segi gaya dan prestasi, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen SUV bandar.

Ciri-ciri Utama GAC GS3 EMZOOM (Kemas Kini Baharu)

Reka Bentuk Luaran

  • Gril hadapan Flowing Diamond Star direka semula, tampil lebih moden dan agresif
  • Varian Premium R kini hadir dengan pilihan warna dua tona

Empat pilihan warna ditawarkan:

  • Graphite Grey + Black Roof
  • Super Star Silver + Black Roof
  • Frost White + Black Roof
  • Asphalt Black

Prestasi & Trenkuasa

  • Enjin 1.5L turbo dengan kuasa 177PS dan tork 270Nm
  • Transmisi 7-kelajuan dwi-klac basah (7WDCT)
  • Pecutan 0–100 km/j sekitar 8 saat
  • Penggunaan bahan api serendah 5.9L/100km
  • Sesuai untuk pemanduan bandar dan lebuh raya dengan respons pantas

Ciri Dalaman & Teknologi

  • Kokpit digital dengan paparan skrin berkembar
  • Bumbung panoramik untuk rasa ruang lebih luas
  • Kamera 360 darjah untuk pandangan sekeliling
  • Sistem bantuan pemandu termaju (ADAS)
  • Full Automatic Parking Assist (FAPA) untuk parkir automatik

Varian Premium R turut dilengkapi dengan sistem ekzos sukan boleh laras dan kit Aero untuk pengalaman pemanduan yang lebih sporty.

Beralih pada harga, ia kekal tidak berubah, bermula dari RM116,800 untuk varian Eksklusif dan RM126,800 untuk varian Premium R (Semenanjung Malaysia, atas jalan tanpa insurans).

Untuk tempoh terhad, pelanggan boleh menikmati rebat sehingga RM18,500, dengan ansuran bulanan serendah RM912.

Ia turut didatangkan dengan jaminan kenderaan selama 5 tahun ataupun 150,000 km, serta jaminan enjin dan transmisi selama 7 tahun ataupun 180,000 km.

Model ini akan mula berada di bilik pameran seluruh Malaysia dengan sesi pandu uji dibuka pada 9 hingga 10 Mei, memberi peluang kepada pelanggan merasai sendiri peningkatan yang ditawarkan.

GALERI:

Google ads
Back to top button