
KTM 390 SMC R LANCAR DI MALAYSIA BULAN INI – 44HP, 39NM
KTM Malaysia bakal melancarkan KTM 390 SMC R untuk pasaran tempatan bulan ini sekaligus memeriahkan segmen supermoto 400cc.
Sebelum ini, Suzuki Malaysia melancarkan DR-Z4SM dengan harga RM39,888 namun kami difahamkan 390 SMC R ini akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah.

KTM 390 SMC R merupakan antara model baharu diperkenalkan KTM yang mengguna pakai platform sama dengan 390 Duke namun dengan sasaran pengguna yang berbeza.
Kami pernah merasai kemampuan 390 Duke dan KTM memberi jaminan 390 SMC R menawarkan karakter yang sama namun dalam pakej supermoto.
Pertamanyan, 390 SMC R turut berkongsi kerangka steel trellis yang sama dengan 390 Duke namun dengan steering head, angle, triple clamp serta subframe yang berbeza.

Bahagian suspensi terdiri dari fork WP APEX 43mm jenis open cartdrige yang menawarkan 30 tetapan compression dan rebound sementara bahagian belakang menempatkan WP APEX dengan 20 tetapan rebound serta preload. Kedua-dua bahagian menawarkan jarak gerak 230mm.
Meskipun berkongsi platform KTM LC4c 390cc yang sama namun 390 SMC R hadir dengan mapping, mod serta pakej elektronik berbeza. Unit satu silinder 399cc ini menawarkan 44hp pada 8,500rpm dan 39Nm pada 7,000rpm.

Enjin ini dipadankan bersama transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan klac slipper dan assist , sistem ride-by-wire dan serta dua mod menunggang, Street dan Sport masing-masing dengan tetapan traction control dan ABS berbeza.
Mod Sport menawarkan kawalan traction control yang lebih ringan serta ABS belakang dipadamkan (Supermoto ABS) manakala mod Street mengaktikan kawalan yang lebih sensitif dengan ABS depan dan belakang dihidupkan.

Pengguna boleh mengakses tetapan dan maklumat motosikal menerusi skrin TFT 4.2-inci serba baharu menerusi joysick yang tersedia di handlebar.
Ketinggian tempat duduk diletakkan pada 860mm, 30mm lebih rendah berbanding 390 Enduro manakala berat jentera hanyalah 160kg.
Melengkapkan 390 SMC R adalah penggunaan rim 17-inci dengan tayar Michelin Power 6 dan dipadankan bersama cakera 390mm depan dan 240mm belakang.
GALERI: KTM 390 SMC R
















