Buletin

GAC GS3 EMZOOM RASMI DILANCARKAN – DUA VARIAN, 177PS, HARGA BERMULA RM118K

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) hari ini secara rasmi melancarkan GAC GS3 EMZOOM untuk pasaran tempatan.

GAC GS3 EMZOOM didatangkan dalam dua varian iaitu Exclusive dan Premium-R dengan tawaran harga RM118,900 (Exclusive), manakala varian Premium R diberi tanda harga bermula RM128,900.

GAC GS3 EMZOOM tampil dengan reka bentuk avant-garde dan mempunyai dimensi 4,410mm (panjang), 1,850mm (lebar), 1,685mm (tinggi) dan jarak roda pada 2,560mm, manakala tangki minyak berkapasiti 50 liter.

GS3 didatangkan dengan gril Mecha Wing, Laser Eye LED, Light Dart bagi memberikan nuansa futuristik dan persona agresif.

Pilihan warna bagi GAC GS3 EMZOOM adalah seperti berikut:

  • Ivory White
  • Starlight Silver
  • Lake Blue
  • Graphene Grey

Menjengah ke kabin, ia tampil premium dan mewah, dilengkapi paparan untuk sistem infotainmen bersaiz 8-inci berwarna penuh dengan ketersambungan Apple CarPlay, Bluetooth, skrin LCD 3.5-inci dan port pengecasan USB.

Bagi ciri keselamatan, ia dilengkapi beg udara di bahagian hadapan serta penumpang belakang, Hill Hold Control, Hill Descent Control (untuk varian Premium R), Electronic Parking Brake with Autohold, Electronic Stability Program (ESP), Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), ISOFIX child seat, Blind Spot Vision.

Ia juga dilengkapi Advanced Driver Assistance Systems (ADAS), merangkumi;

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Automatic Emergency Braking (AEB)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Traffic Sign Recognition System (TSR)
  • High Beam Assist (HMA – untuk varian Premium R)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Intelligent Speed Limit Control (ISLC)
  • Fusion Automatic Parking Assist (FAPA – untuk varian Premium R)

Secara mekanikal, GS3 EMZOOM dikuasakan oleh enjin 1.5T GDI generasi ketiga, berupaya menghasilkan sebanyak 177PS @5,500rpm dan 270Nm @1,400rpm.

Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi automatik klac berkembar tujuh-kelajuan dengan pacuan roda depan dan mempunyai daya pecutan 0-100 km/j dalam tempoh 7.5 saat.

Melihat pada keseluruhan model ini, ia bukan hanya sebuah SUV berprestasi tinggi tetapi juga menawarkan keselesaan, penggayaan yang menarik serta fungsi pintar.

Untuk harga pula, seperti dinyatakan di atas, ia boleh dimiliki bermula RM118,900 (Exclusive) dan RM128,900 (Premium R)

GALERI:

Google ads
Back to top button