
JAECOO J7 UNGGUL DI M4TREC, UJI KEUPAYAAN PELBAGAI KEADAAN PEMANDUAN
Keupayaan “off road” untuk model SUV premium sulung JAECOO Malaysia, model J7, baru-baru ini telah diuji di Pusat Latihan dan Pengalaman 4WD Malaysia (M4TREC) di Semenyih.
Para pemandu mahupun penumpang telah menyaksikan keunggulan model J7 semasa mengemudi litar yang menampilkan enam jenis cabaran dinamik.
Model J7 menggabungkan Sistem Pintar Pemanduan Semua Jalan (ARDIS) dengan tujuh mod pemanduan mengikut permukaan jalan.
Selain mod ekonomi, biasa dan Standard Sport, varian JAECOO J7 Pacuan Semua Roda (AWD) khususnya, mempunyai empat mod permukaan jalan tambahan untuk mengemudi permukaan berpasir, berlumpur, medan salji atau ‘off road’.

Model J7 juga mempunyai kapasiti harungan air sedalam 600mm yang turut diuji di persekitaran harungan air dalam (Deep water wading) di litar M4TREC.
Selain persekitaran harungan air, JAECOO Malaysia telah membawa model SUV J7 menempuh cabaran litar M4TREC, merangkumi ujian sisi cerun, ujian artikulasi, ujian lintasan bukit (ridge crossing) serta ujian “roller ramp”.
Ini membuktikan kebolehan model J7 yang tiada tandingan dalam menempuhi pelbagai keadaan pemanduan, di mana Kamera 540 darjah SUV ini berfungsi sebagai alat penting semasa mengemudi laluan berhalangan di M4TREC.
Gambaran serba dinamik yang dipaparkan pada skrin infotainment bersaiz 14.8-inci (AWD), memberikan pemandu pandangan persekitaran kenderaan berupa tiga dimensi (3D) dan secara telus dengan hanya satu sentuhan butang.
Dilengkapi enjin 1.6TGDI, model J7 memberikan kuasa maksimum sebanyak 194hp dan 290Nm tork. Tambahan pula, transmisi dwi-klac 7-kelajuan (7-DCT) ini membolehkan peralihan kelajuan sepantas 0.2 saat.
Ini memperkasakan para pengembara untuk mengharungi keadaan permukaan jalan yang sukar diramal serta dalam apa jua keadaan cuaca.
Selain itu, intervensi tork AWD mempunyai tempoh tindak balas sepantas 0.1 saat apabila mengemudi keadaan memandu yang mencabar.
GALERI:




