Motosikal

MBP MOTO AMBIL ALIH JENAMA MORBIDELLI DI ITALI

MBP Moto dengan rasminya mengumumkan pengambilalihan jenama motosikal dari Pesaro, Itali, Morbidelli. 

Perkembangan terbaru itu secara langsung menandakan langkah terbaru dalam sejarah MBP Moto dalam menggabungkan teknologi dan inovasi terkini dengan sejarah Morbidelli yang ikonik. 

Untuk rekod, MBPMoto merupakan jenama dari Itali dengan kilang pengeluaran bertempat di China. MBPMoto juga merupakan anak syarikat Keeway yang juga berada di bawah payung QJ Motor bersama Benelli. 

MBP Moto juga akan turut dipasarkan di Malaysia menerusi kerjasama dengan MForce Bike Holdings dengan beberapa model telah pun dipamerkan kepada orang ramai ketika di Kuala Lumpur Bike Show (KLBS) 2023. 

Menariknya, MBP Moto dan Morbidelli akan turut terlibat dengan Malaysia Autoshow 2024 yang akan berjalan dari 22 hingga 26 Mei 2024 bertempat di MAEPS. 

Antara model yang akan dipamerkan termasuk T1002V, SC150 dan N252V bersama beberapa model lain. 

Menurut MBP Moto dalam satu kenyataan, Morbidelli menawarkan pelbagai model motosikal dari 125cc hingga 1000cc. 

Google ads
"
"
Back to top button