
KENAPA KAPAL PERANG BERGERAK DALAM BENTUK ZIG-ZIG SEMASA PERTEMPURAN?
Sekiranya anda selalu membaca laman sesawang pertahanan, anda akan dapati ada kapal negara luar yang menceroboh masuk ke perairan negara akan bergerak dalam bentuk zig zag, berdasarkan maklumat pergerakan yang dibekalkan oleh pasukan keselamatan.
Tentu anda pernah tertanya-tanya kenapa kapal perang akan bergerak dalam bentuk zig-zag semasa bertempur di laut dengan musuh dan juga semasa rondaan biasa. Semunya bermula sekitar 85 tahun yang lepas iaitu ketika tercetusnya perang dunia kedua
Pada ketika itu, pihak Jerman telah melancarkan kempen mengepung kepulauan Great Britain daam usaha mencekik ekonomi dan menyekat bekalan bahan mentah yang diperlukan untuk berperang daripada memasuki kawasan musuh.
Antara kaedah yang digunakan ialah dengan menghantar sekumpulan kapal selam ataupun u-boat bagi membedil kapal dagang dari negara musuh. Walaupun dilindungi oleh beberapa kapal perang, usaha Jerman ini banyak membantut usaha perang tentera berikat
Pada ketika inilah gerakan zig-zag ini dicipta kerana pada waktu itu, torpedo mesti ditembak pada sasaran dalam satu garisan lurus. Pegawai senjata akan membuat perkiraan kedudukan kapal musuh, bila dan dimana sepatutnya torpedo mesti ditembak bagi mengenai sasaran.
Dengan kaedah gerakan zig-zag, adalah sukar untuk pihak musuh menganggar kedudukan kapal dan mengurangkan kebarangkalian untuk ditembak. Namun dengan sistem persenjataan yang makin canggih dan torpedo dilengkapi dengan sonar, kaedah zig-zag sudah menjadi ketinggalan zaman.
Kapal masih lagi boleh dibedil dengan torpedo walaupun dengan pergerakan zig-zag. Namun kapal perang zaman moden masih lagi menggunakan kaedah ini semasa melakukan rondaan. Tujuan utama pada hari ini ialah untuk mengelirukan pihak musuh agar tidak membuat andaian mudah ke mana arah tuju kapal perang
Keburukan pergerakan zig-zag ialah ia menggunakan lebih banyak bahan api dan memperlahankan pergerakan kapal

