Artikel Pilihan

JURUTERA DAN JURUTEKNIK TESLA HILANG KERJA, DAH SAMPAI PEJABAT BARU TAHU

Pada malam ahad yang lepas, Tesla telah membeikan memo kepada semua pekerjanya yang 10% tenaga kerja yang ada akan diberhentikan. Malangnya sesetengah pekerja hanya menyedari mereka telah ditamatkan perkhidmatan tanpa notis setelah sampai ke pejabat dan gagal untuk memasuki pejabat dengan menggunakan pas keselamatan

Pemberhentian 10% tenaga kerja kali ini melibatkan jurutera dan juga juteknik di Nevada, Amerika. Lebih menyedihkan lagi, proses pemberhentian dilakukan dengan biadap, dengan semua pekerja akan diperiksa pas keselamatan oleh pasukan keselamatan dan semua pekerja yang diberhentikan akan dihantar terus ke kawasan parkir dengan menggunakan van

Malah semua pekerja yang diberhentikan juga tidak dibenarkan membuat penyataan rasmi. Sementara itu, pekerja di kilang Fremont pula hanya menyedari mereka diberhentikan selepas pas pekerja mereka gagal berfungsi dan tidak dibenarkan memasuki pejabat.

Pekerja yang diberhentikan menerima email pada hari ahad jam 12 tengah malam dan ada pekerja yang tidak membaca mel elektronik tersebut disebabkan ia dihantar pada lewat malam. Kandungan memo tersebut menyatakan:

“Tesla telah selesai menjalankan kajian menyeluruh berkenaan struktur organisasi baru Tesla, dan satu keputusan yang sukar telah dibuat untuk mengurangkan bilangan pekerja di seluruh dunia. Adalah mendukacitakan bahawa posisi anda telah dihapuskan melalui pentrukturan semula Tesla ini”.

Walaubagaimanapun Tesla tetap membayar ganti rugi kepada pekerja yang telah diberhentikan dan mereka akan menerima bayaran pampasan dalam masa 48jam. Pada masa yang sama 2 eksekutif kanan Tesla juga telah membuat pengumuman perletakan jawatan mereka

Timbalan Presiden Kanan Powertrain & Kejuruteraan Drew Baglino dan Timbalan Presiden Public Policy & Business Development Rohan Patel adalah antara orang kuat Tesla yang meletak jawatan pada hari ahad lepas

Google ads
Back to top button