SMART MALAYSIA PERKENALKAN PROGRAM RUJUKAN ‘REFER & REWARD’ – GANJARAN SEHINGGA 100,000 MATA SMART
smart Malaysia hari ini memperkenalkan Program Rujukan ‘Refer & Reward’, yang direka untuk mengukuhkan ikatan dalam komuniti smart sambil meraikan kesetiaan pemilik.
Menerusi program ini, pemilik kini boleh merujuk rakan dan ahli keluarga untuk menyertai komuniti smart serta menikmati faedah eksklusif melalui aplikasi Hello smart.
Didorong oleh komitmen memupuk hubungan dalam komuniti smart, Program Rujukan ‘Refer & Reward’ memberi insentif kepada pemilik smart sedia ada untuk berkongsi minat mereka terhadap kenderaan smart dengan orang lain.
Di bawah program ini, pemilik smart berpeluang mendapat ganjaran hebat untuk penyertaan mereka.
Bagi setiap sesi pandu uji yang berjaya diatur melalui rujukan, perujuk akan menerima 5,000 Mata smart, bersamaan dengan RM50.
Ganjaran akan terus meningkat selepas pendaftaran kereta yang berjaya, dengan perujuk memperoleh 50,000 Mata smart, bersamaan dengan RM500.
Pemilik kenderaan smart sedia ada yang membeli kenderaan elektrik baharu akan diberikan 100,000 Mata smart, bersamaan dengan RM1,000.
Selain itu, pemilik juga boleh menggunakan Mata ganjaran smart mereka yang akan dikreditkan ke akaun untuk membayar caj pengecasan secara langsung dalam aplikasi Hello smart.
Dengan kemas kini yang akan datang, mata ganjaran turut boleh digunakan untuk membeli data internet dalam kereta dan barangan rasmi smart.
Bukan itu sahaja, smart Malaysia berazam untuk menganjurkan lebih banyak acara, dengan pemberi rujukan menerima jemputan ekslusif.
“Matlamat kami dengan Program ‘Refer & Reward’ adalah untuk menyemarakkan semangat pemilik setia smart dengan memberi mereka peluang untuk berkongsi kesukaan mereka terhadap jenama kami bersama orang lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang.
“Melalui rujukan, kami berhasrat untuk mewujudkan komuniti smart di mana ahli merasa dihargai dan terhubung.” Untuk maklumat mengenai Program Rujukan ini, sila layari https://app-h5-smart.acotech.my/community/info