Artikel Pilihan

GEELY LIVAN SMURF – EV MIKRO COMEL DENGAN MOTOR TUNGGAL

Livan Auto baharu sahaja dedahkan imej kenderaan EV mini mereka yang dinamakan Livan Smurf. Diletakkan dalam segmen kompak EV, Livan Smurf menampilkan penggunaan motor tunggal dengan pek bateri Lithium Iron Phosphate (LFP). Ia dikatakan bakal bersaing dengan Wuling Hongguang Mini EV dan Chery QQ Icecream. Hish, pelik-pelik nama pun.

Livan Smurf mengetengahkan ciri rekaan berkotak yang comel ala Nissan Cube satu ketika dahulu. Ia mempunyai lampu bulat yang seakan-akan bentuk mata dan dinamakan “Spirit Forest Eye”. Port pengecas diletakkan di bahagian hadapan kereta.

Dari sisi, badannya kelihatan agak rata dan pembeli boleh memilih kombinasi warna tona tunggal ataupun dwi tona. Bentuk rimnya memang tidak nampak sporty tapi boleh masuk la dengan rekaan kereta ini sendiri.

Bahagian dalaman memang cukup minimalis dan boleh dikatakan menyerupai dalaman model-model Kei dari Jepun. Tombol gearnya adalah jenis dial yang boleh dipusing dan bukannya berbentuk klasik.

EV mini ini dikuasakan satu unit motor elektrik yang mampu menghasilkan sekitar 30Kw kuasa bersamaan dengan 40 hp. Tak besar mana tapi masih mampu dipecut sehingga 100 kmj.

Livan Smurf ni boleh dikatakan sebagai model rebadge kepada Geely Panda Mini EV. Menurut maklumat dari China EV Data Tracker, 101,514 unit model Panda Mini EV telah berjaya dijual di China dari Januari hingga Julai tahun ini.

Dengan jarak operasi sekitar 200 kilometer, EV mini ia kami rasakan cukup sesuai untuk digunakan di bandar-bandar besar.

Google ads
Back to top button