Buletin

GOLF GTI TCR

Volkswagen (VW) mendedahkan senjata litarnya menerusi Golf GTI TCR. Kehadiran model itu bagi meraikan ulang tahun ke 40 GTI yang mula memasuki pusat pameran pada 1976.

vw-golf-gti-tcr-mekanika (3)

Kini VW Golf  GTI kembali hadir untuk perlumbaan TCR. Difahamkan hanya 20 unit VW Golf GTI TCR dibangunkan oleh VW Motorsport. Model yang digunakan khusus untuk perlumbaan TCR Antarabangsa itu memiliki begitu banyak perbezaan signifikan.

Bahagian casis 40cm lebih lebar berbanding versi Golf pengeluaran. Luarannya lebih agresif dengan penggunaan kit badan. Ini menyumbang kepada ciri aerodinamik ketika memecut. VW turut memadankan model tersebut dengan rim perlumbaan 18 inci.

vw-golf-gti-tcr-mekanika (2)

Soal mekanikal, enjin 2.0 liter itu dirombak  bagi mendapatkan kuasa 330PS dan tork 410Nm.

Pengarah Sukan Pemotoran VW , Jost Capito berkata  Golf GTI TCR membolehkan  pasukan mengembangkan komitmen sukan pemotoran mereka dalam banyak kejohanan TCR. Sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button