
HONDA HRV 1.8L E SPECIAL EDITION JBL
PT Honda Prospect Motor (HPM), pengedar rasmi jenama Honda di Indonesia melancarkan Honda HR-V 1.8L E CVT Special Edition yang dilengkapi sistem audio JBL.
Hanya dikeluarkan sebanyak 800 unit, HR-V 1.8L E CVT Special Edition JBL Audio ditawarkan demi memenuhi kehendak pengguna di sana.
Honda HR-V 1.8L E CVT Special Edition JBL Audio dilengkapi sistem audio talaan khusus dan pembesar suara baharu JBL. Ini bagi menghasilkan suara lebih berkarakter khas untuk anak muda. Ia memberikan sensasi muzik dan kualiti di kerusi hadapan dan belakang.
Sistem ini juga disokong dengan sebuah amplifier selain daripada equalizer khas iaitu “Fine Tuned”. Pengaturan equalizer akan menghasilkan dentuman bass bertenaga dan muzik lebih jelas.
Presiden HPM, Tomoki Uchida berkata HR-V 1.8L E CVT Special Edition JBL Audio ini dibina khas untuk konsumer yang menginginkan kualiti audio terbaik.
Honda HR-V 1.8L E CVT Special Edition JBL Audio dipasarkan dengan harga Rp 352,000,000 (RM109,120).
Sumber Foto: Mobil123








