Pandu Uji

GT86 TRD

Versi terkini GT86 TRD dijangka terus memberi impak positif terhadap model sports coupe popular Toyota itu. 

Sejak dilancarkan pada tahun lalu, model coupe Toyota GT86 dilihat berjaya menaikkan semula reputasi Toyota sebagai pembuat jentera yang fokus kepada keseronokan memandu.

Kini, model yang mendapat sambutan hangat dan liputan meluas media di seluruh dunia itu tampil dengan lebih menarik apabila aksesori ciptaan Toyota Racing Development (TRD).

Toyota GT86 TRD dilengkapi aksesori berprestasi tinggi daripada TRD seperti aloi tempaan bersaiz 18 inci, skirt sisi, spoiler belakang, peresap udara dan ekzos quad yang memberi maklum balas pantas.  Penutup minyak, radiator dan tuil gear TRD turut meningkatkan lagi penampilan jentera tersebut.

Bagi menjadikannya sangat terhad, hanya 250 unit akan dihasilkan oleh Toyota.

Sebagaimana versi standard, jentera yang disenarai pendek untuk anugerah European Car of the Year dan World Car of the Year itu ditawarkan dengan varian automatik dan manual. Dua pilihan warna iaitu hitam dan putih diberikan kepada pengguna.

Aspek mekanikal bagaimanapun tidak berubah. GT86 TRD masih menggunakan enjin Boxer 2.0 liter yang mampu mencapai kelajuan dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam tempoh 7.7 saat (untuk varian manual).

Sumber: Newspress 

[hr]
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button