Artikel PilihanBuletin

HAMPIR SEPARUH JUALAN KERETA DI NORWAY KENDERAAN ELEKTRIK

Norway memang terkenal dengan kesedaran tinggi terhadap alam sekitar di benua Eropah. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, budaya pembeli kereta di sana telah berubah ke arah kereta “hijau”. Tapi mereka bukanlah mat skema semata-mata sebab sekumpulan pengguna pernah menyaman Tesla sebab mengiklankan “Insane Mode” yang tidak laju.

Sejak kami siarkan berita Jerman bakal mengharamkan kenderaan berenjin disel dan petrol menjelang 2030, pelbagai reaksi diterima. Kita di benua yang berbeza, sudah tentu susah untuk menggambarkan keadaan dan kesedaran Eropah namun penjualan kereta “bersih” di sana meningkat saban bulan.

Toyota-Prius-Persona-mekanika (3)

Pada bulan lalu, jualan kereta di Norway mencatat kejutan dengan hampir 46 peratus jualannya ialah kereta berteknologi elektrik. Lebih sepsifik lagi, kereta alektrik mewakili 19 peratus, hybrid 14.9 peratur dan plug-in hybrid 13 peratus.

Angka ini meletakkan Norway sebagai negara paling tinggi mencatatkan jualan kereta berasaskan elektrik. Bagi sebuah negara yang memiliki kepadatan penduduk hanya 5 juta orang, ia satu pencapaian yang memberansangkan.

Model paling laris di sana ialah Tesla Model X yang mewakili 601 unit. Kedua ialah Volkswagen e-Golf 392 unit dan Volkswagen Golf GTE plug-in hybrid 358 unit. Sebanyak 581 unit kenderaan berikutnya ialah pembeli BMW i3 dan Nissan, peneraju kereta elektrik komersial pertama menjual 199 unit model Leaf.

 

 

 

Google ads
Back to top button