Buletin

HARGA BAHANAPI TURUN LAGI. RON95 CUMA RM1.38 SELITER!

Berikutan kejatuhan harga pasaran dunia bagi bahan mentah petroleum, Harga runcit bahanapi tempatan juga telah diturunkan kerajaan, menjadikan ia yang terendah setakat ini.

Di bawah ialah harga juala terkini yang akan berkuat kuasa selama seminggu bermula jam 12:01 awal pagi, Sabtu 28 Mac 2020 hingga 3 April 2020 , jam 11:59 malam.

  • Harga runcit petrol RON97 – RM1.68seliter (turun 6 sen)
  • Harga runcit petrol RON95 – RM1.38 seliter (turun 6 sen)
  • Harga runcit diesel RM1.68 seliter (turun 7 sen)

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, harga minyak mentah berulang kali mencatat paras terendah susulan kebimbangan berlaku kemelesetan ekonomi ekoran sekatan perjalanan dan penutupan perniagaan akibat penularan COVID-19, selain perang harga di antara pengeluar utama Arab Saudi dan Russia.

Google ads
Back to top button