
SYM DRGBT 160 BAHARU LANCAR DI CHINA – DENGAN CORNERING ABS, 15.8HP
SYM memperkenalkan skuter DRGBT baharu yang telah dinaik taraf bagi tahun 2026.
Jika model generasi kedua sebelum ini sudah mencuri perhatian menerusi reka bentuk agresif serta sistem Hyper-SVIS, model 2026 membawa konsep tersebut ke tahap seterusnya dengan penambahan teknologi ZRSG 3.0.

Sistem ZRSG 3.0 (Zero Resistance Starter & Generator) ini berbeza dengan teknologi Yamaha YECVT kerana tidak mengubah nisbah transmisi. Sebaliknya, sistem ini memberikan bantuan kuasa elektrik kepada enjin, terutama ketika permulaan dan pecutan.
SYM mendakwa sistem tersebut mampu memberikan tambahan sekitar 0.3hp, sekaligus menjadikan tindak balas throttle lebih pantas dan lancar.

Dalam pada itu, SYM turut mengekalkan sistem Hyper-SVIS (Full-Area Variable Intake System) yang ditawarkan pada model sebelum ini.
Selain itu, naik taraf terbesar turut merangkumi Cornering ABS dan Cornering Traction Control. Ciri yang kebiasaannya ditawarkan pada model berkuasa tinggi kini dibawa pada skuter 160cc.

Menggerakan DRGBT adalah enjin satu silinder 158cc yang berupapaya menghasilkan 15.8hp pada 8,000rpm dan 15.1Nm pada 6,500rpm. Berat keseluruhan jentera adalah 137kg dengan tangki 7.3L diisi penuh.
Antara ciri lain disenaraikan termasuk meter digital LCD, sistem keyless, dan slot pengecas USB Type-C.
GALERI: SYM DRGBT 160


















