HARGA RASMI SUZUKI KATANA DI MALAYSIA IALAH RM84,500
Suzuki Assemblers Malaysia, pemegang hak jenama motosikal Suzuki di Malaysia akhirnya mendedahkan harga jualan Suzuki Katana 2019 di pasaran tempatan.
Model CBU yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini dijual pada harga RM85,000 seperti yang didedahkan di laman facebook mereka baru-baru ini. Model pameran telah pun tiba dan mereka mengumumkan harga secara senyap-senyap kerana stok sebenar motosikal ini belum boleh dibeli.
Semakan kami dengan beberapa pengedar Suzuki di Lembah Klang memberitahu bahawa Katana hanya akan masuk ke pasaran pada bulan September nanti.
Namun begitu, mereka sudah menerima tempahan dan harga anggaran sekitar RM87,+++ lengkap atas jalan dengan insurans komprehensif.
LAGENDA KATANA
Hampir 40 tahun berlalu, Suzuki Katana yang pertama dilancarkan pada tahun 1980 di Cologne Motor Show. Walaupun tidak banyak kesan pada masa itu, Katana meninggalkan memori yang sangat besar dalam industri motosikal moden. Ia mungkin bukan tentang kepantasan, tetapi tentang revolusi rekabentuknya yang mendahului zaman.
Reka bentuk Katana baru sebenarnya merupakan penghormatan kepada GSX1100S tahun 1981, model yang diperkenalkan kepada dunia nama Katana buat kali pertama.
Dari lampu bersegi ke fairing yang dramatik, Katana baru berkembang dari generasi pertama. Bentuk yang lebih moden dan terasa lebih padat berbanding nenek moyangnya dengan badan yang lebih pendek dan ekor yang lebih tirus.
Ia meminjam enjin GSX-R1000, empat baris 999cc yang menghasilkan 148 kuasa kuda dan kira-kira 80 lb-ft tork.
Dengan reka bentuk bersejarah ini, ia dilengkapi dengan teknologi moden. Katana menerima ciri-ciri seperti tork limiter, mod tunggangan tiga pemacu, ABS, sistem brek dari Brembo, set lampu LED moden dengan rekabentuk yang cuba meniru model asalnya.